“Malaysia Menang Aku Bogel!”- ‘Tweet’ Gadis Ini Akhirnya Makan Diri

Hati-hati kerana ramai yang memerhati.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Twitter @lalaxrahim
Logo

Keputusan acara polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) semalam berpihak kepada Malaysia yang berjaya menewaskan Brunei 12-4

Acara sukan yang disertai oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah itu memang ditunggu-tunggu para gadis yang ingin menyaksikan pertarungan di antara *daddy* kesayangan mereka dan putera kacak dari negara Brunei itu. Bukan sahaja putera dari Brunei, malahan puteri Brunei, Puteri Azemah Ni'matul turut menyertai acara tersebut.

*"Hari ini adalah perlawanan selebriti kerana kehadiran Putera Sultan Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah dan Puteri Azemah yang amat baik dan mesra rakyat.*

*"Saya amat terkejut dengan kehadiran ribuan penonton kerana sebelum ini saya pernah bermain di final Kejohanan Polo Terbuka Malaysia tetapi ia tidak seramai ini,"* kata Khairy Jamaluddin kepada [Berita Harian](https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2017/08/316150/puteri-azemah-putera-abdul-mateen-jadi-tumpuan-peminat-polo).

Alamak KJ nak jatuh tu!

Image via News Strait Times

Tidak terkecuali seorang pengguna Twitter, Lala Rahim yang turut menyatakan sokongannya dengan cara yang agak luar dari kebiasaan

Nurul Adilla Abd Rahim, gadis manis berusia 23 tahun ini menjadi perhatian netizen selepas kenyataannya di *Twitter* yang mahu berbogel sekiranya Malaysia menang acara polo pada pagi semalam menjadi viral di media sosial.

*"Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bogel!"*

Bagaimanapun *tweet* yang dibuat gadis itu telah dipadam selepas beberapa jam.

Image via Lala Rahim

Tapi seperti biasa, orang kita memang laju bab screenshot perkara-perkara macam ni

Maka, ramailah pengguna *Twitter* terutamanya dalam kalangan lelaki yang menuntut janji beliau untuk berbogel selepas kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia dalam acara polo itu. Tidak kurang juga mereka yang mengecam *tweet* tersebut.

Image via Lala Rahim

Beliau menjelaskan bahawa apa yang ditulisnya di Twitter itu hanyalah sekadar gurauan tanpa sebarang niat untuk benar-benar melakukannya

*"Saya tak sedar gurauan saya ini dianggap sesuatu yang serius. Perkataan 'bogel' itu bukan bermakna saya akan betul-betul nak bogel pun.*

*"Ia juga bukan satu taruhan kalau pasukan Malaysia menang atau kalah. Ia bukan sesuatu yang disengajakan.*

*"Saya akui perkataan 'bogel' itu agak sensitif dan saya mohon maaf sekiranya ada yang salah faham di atas kenyataan itu,"* katanya kepada [mStar Online](http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/08/22/status-bogel-twitter/).

Menurutnya lagi, selepas ini beliau akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan di media sosial

Image via Lala Rahim

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

KJ menteri paling cool?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: