Malaysia Dijangka Hadapi Luruan Monsun Antara 25 Hingga 29 Disember Ini – METMalaysia

Jaga-jaga semua!

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Luruan monsun dijangka berlaku antara 25 hingga 29 Disember ini, berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan timur Semenanjung

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), analisis model cuaca terkini turut menunjukkan angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di Laut China Selatan sepanjang tempoh berkenaan.

"Keadaan cuaca signifikan itu berisiko menjejaskan aktiviti harian orang awam, khususnya di kawasan terdedah kepada hujan lebat berpanjangan dan perairan yang bergelora," katanya

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi, saluran media sosial agensi itu serta aplikasi myCuaca.

SAYS.com
Image via METMalaysia

Luruan monsun ini apa sebenarnya?

Menurut METMalaysia, fenomena ini terjadi pada bulan November, Disember dan Januari setiap tahun di mana kawasan tekanan rendah dan vorteks wujud berhampiran rantau negara.

Angin sejuk akan meluru ke rantau negara apabila berlakunya letusan udara bertekanan tinggi di kawasan Siberia.

Luruan udara sejuk dari Siberia dan luruan angin timuran dari Pasifik kemudiannya bertembung dan bergerak ke rantau negara.

Kesannya, hujan lebat, angin kencang dan ombak besar akan berlaku di kawasan Pantai Timur Semenanjung.

SAYS.com
Image via METMalaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: