Malaysia Di Tempat Kedua Dalam Senarai Pemilikan Kenderaan Paling Tinggi Di Asia

Malaysia dilihat berada di belakang Jepun sebagai negara yang mempunyai pengguna tertinggi memiliki kenderaan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia dilihat merupakan negara yang mempunyai kadar pemilikan kenderaan kedua paling tinggi di Asia selepas Jepun

Menerusi laporan Harian Metro, data yang diperoleh daripada Seasia.co pada 2023 telah merekodkan sebanyak 535 unit kenderaan bagi setiap 1,000 orang untuk kadar pemilikan kenderaan di Malaysia sekaligus melihatkan ia adalah kadar kedua tertinggi di Asia selepas Jepun.

Kajian Rakuten Insight pada 2024 pula mendapati hampir 73 peratus responden di negara ini memiliki kereta menunjukkan tahap pemilikan kereta yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurut statistik daripada data.gov.my, setakat 28 Februari yang lalu, sebanyak 113,136 kenderaan persendirian direkodkan telah didaftarkan pada tahun ini dengan Perodua dan Proton masing-masing mencatatkan 54,627 unit dan 20,756 unit diikuti Toyota (15,407) serta Honda (10,866).

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Kenderaan mampu milik menjadi antara faktor pertambahan jumlah kenderaan

Menurut Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua, faktor seperti harga petrol yang relatif rendah serta kenderaan semakin mampu dimiliki lebih ramai rakyat Malaysia menjadi antara faktor pertambahan jumlah kenderaaan di jalan raya.

"Keadaan ini membolehkan lebih ramai individu membeli kenderaan peribadi yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

"Pada masa sama, reka bentuk infrastruktur jalan kini sering kali tidak mampu menampung aliran trafik yang terdiri daripada motosikal, lori dan kereta dalam satu jalan sama hingga menyebabkan aliran trafik tidak efisien terutama pada waktu puncak dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

"Selain itu, kawasan seperti Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Melaka, kesesakan teruk berlaku akibat daripada tumpuan aktiviti ekonomi dan kawasan kediaman semakin padat.

"Kekurangan kapasiti jalan raya untuk menampung pertambahan kenderaan ini menyebabkan pembentukan bottleneck atau kesesakan yang lebih teruk di kawasan ini," katanya

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: