Malaysia Cipta Kejutan Minit Akhir, Catat Seri 3-3 Lawan Korea Selatan – “1 Mata Idaman”

Tahniah Harimau Malaya!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Harimau Malaya mencatatkan keputusan seri 3-3 menentang Korea Selatan dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan E, Piala Asia 2023 di Doha, Qatar malam ini

Terdahulu, Malaysia mengejutkan juara dua kali Korea Selatan apabila mendahului 2-1 menerusi jaringan Faisal Abdul Halim dan Arif Aiman Hanapi.

Pada minit ke-21 Jeong Woo Yeong membolosi gawang Malaysia namun kemudian Faisal menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-51.

Arif pula menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Korea Selatan menggandakan asakan dan kembali menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma Lee Kang-in pada minit ke-82.

Korea Selatan menambah lagi jaringan menerusi Son Heung-min yang meledak gol ketiga hasil sepakan penalti pada masa kecederaan.

Begitupun, pada minit-minit akhir tiupan wisel penamat, penyerang naturalisasi negara, Romel Morales muncul wira apabila meledak gol ketiga pada masa kecederaan minit ke-115 untuk memastikan pasukan negara pulang dengan satu mata berharga.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik