Malaysia Akhirnya Ada Penyiar Rasmi Piala Dunia, Akan Disiarkan Di RTM & Unifi TV

Semua perlawanan akan disiarkan secara langsung.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Piero Cruciatti/AFP & Marco Bertorello/AFP
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penantian peminat bola sepak di Malaysia kini berakhir apabila penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 untuk siaran dalam negara akhirnya diumumkan

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV telah diumumkan akan menjadi penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia selepas perkara itu menjadi tanda tanya kebanyakan peminat bola sepak tempatan.

Menerusi laporan Bernama, perkara ini difahamkan menjadi usaha kerajaan untuk memastikan rakyat dapat menonton kejohanan itu secara inklusif, sah dan menyeluruh.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dibuat melalui kerjasama dengan sektor swasta bagi menjamin penyiaran berkualiti tinggi serta capaian meluas kepada penonton di seluruh negara.

SAYS.com
Image via Image via Fahmi Fadzil (Facebook)

Semua perlawanan akan disiarkan secara langsung

Menurut Fahmi, kejohanan itu akan disiarkan di pelbagai platform termasuk siaran percuma melalui MyTV serta platform OTT (platform penstriman) menerusi RTM Klik dan Unifi TV bagi memastikan akses menyeluruh.

"Liputan menyeluruh merangkumi kesemua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung di Unifi TV.

"RTM pula akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda. Ini memberikan kepelbagaian pilihan tontonan kepada peminat," katanya pada sidang media mingguan di Angkasapuri, hari ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik