“Malaysia Akan Gunakan Segala Saluran Sah Pastikan Israel Bertanggungjawab Dalam Jenayah Ini” – PMX

Menurutnya, kerajaan akan lakukan yang terbaik bagi membebaskan warga Malaysia dalam tahanan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Anwar Ibrahim (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel menghalang konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza

Perdana Menteri menerusi kenyataannya di laman sosial menggesa semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dalam kadar segera.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya pemintasan Israel terhadap Global Sumud Flotilla.

"Ini sebuah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza.

"Kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan.

"Dengan menyekat misi kemanusiaan ini, Israel bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah telah menginjak nurani masyarakat dunia yang kini tidak lagi bersama Israel," katanya.

SAYS.com
Image via ReutersImage via

Akan menggunakan segala saluran sah dan berperlembagaan yang ada bagi memastikan Israel dipertanggungjawabkan

Anwar menambah, perkara itu akan dipastikan lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan rakyat Malaysia.

"Malaysia akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila warganegara kita terlibat.

"Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli.

"Selagi hak dan aspirasi rakyat Palestin terus dinafikan, Malaysia kekal berdiri teguh dan tidak akan berundur daripada terus mendesak dan menuntut agar kezaliman dan perampasan yang telah berlarutan sejak sekian lama dihentikan," tegasnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: