Malas Nak Beratur Panjang? Ini Cara Mudah Untuk Perbaharui Lesen Anda Secara Online
Harap dapat membantu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaaannya jika kita ingin memperbaharui lesen, pasti kita akan ke JPJ atau pejabat pos berdekatan betul tak?
Kadangkala sampai penat nak tunggu giliran sebabkan terlalu ramai orang yang ingin menggunakan perkhidmatan sama.
Namun, tahukah anda sebenarnya anda kini memperbaharui lesen anda secara online saja. Ikuti perkongsian daripada pengguna Twitter bernama @anisssurayaaa ini.
Image via @anisssurayaaa (Twitter)
1. Buka laman web Lesen2u
Image via Lesen2u
Perkara pertama anda perlu lakukan adalah dengan membuka laman web Lesen2u terlebih dulu. Anda boleh klik di sini.
2. Tekan butan perbaharui sekarang
Image via Lesen2u
Langkah seterusnya adalah anda perlu menekan butang yang menulis 'Perbaharui Lesen Memandu'. Sebelum itu, pastikan lesen anda masih belum tamat tempoh, untuk elakkan anda didenda. Sebelum itu, pastikan lesen anda masih belum tamat tempoh, untuk elakkan anda didenda.
3. Isi borang
Image via Lesen2u
Anda kemudian diminta untuk mengisi segala butiran diri. Pastikan anda menyemak kembali dan isikan maklumat dengan betul.
4. Hantar permohonan
Image via Lesen2u
Sebaik saja selesai mengisi maklumat, anda boleh menekan butang 'Hantar permohonan dan buat bayaran' untuk ke langkah berikutnya.
5. Buat pembayaran
Anda kini diminta untuk membuat pembayaran secara online banking dan memilih bank yang anda gunakan. Semak kembali nombor telefon dan alamat email anda. Screen shot maklumat pembayaran dan simpan sebagai bukti.
Image via @anisssurayaaa (Twitter)
6. Tunggu proses
Selepas selesai semuanya, anda perlu menunggu proses tersebut yang mengambil masa 4 hingga 5 hari waktu bekerja. Anda akan mendapat slip sementara menggantikan lesen, tunggu sehingga lesen siap.
Mudah bukan? lepas ini senanglah nak renew lesen tak payah beratur lagi 😀
Image via SAYS Seismik


Cover image via 