‘Auntie, Ni Namanya Mencuri!’ – Wanita Tegur Dua Orang Makcik Mencuri Di IKEA Cheras

Ambil benda kecil pun mencuri juga kan?

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Perasan tak, sekarang ni kalau kita pergi ke kebanyakan restoran fast food, kita dibenarkan untuk mengambil sos sebanyak mana yang kita nak

Bukan setakat restoran *fast food*, kalau pergi lepak di kedai kopi pun kita boleh ambil gula, krimer, dan juga air kosong tanpa sebarang *extra charge*. Perkara sebegini diperkenalkan bagi memudahkan urusan pelanggan untuk menikmati hidangan mengikut kehendak mereka.

Namun begitu, bila dah ada benda-benda *free* macam ni, mulalah ada pihak yang mengambil kesempatan.

ini contohnya.

Image via commons.wikimedia.org

Mentaliti sebegitu memang menyedihkan. Seperti yang dikongsi oleh Azmira Amran melalui status di FB, dia dapat saksikan sendiri golongan ini di depan matanya ketika sedang membeli belah di IKEA Cheras.

Sedang dia menikmati ais krim, tiba-tiba dia melihat satu situasi yang tidak menyenangkan di mana terdapat dua orang makcik sedang 'mencuri' tanpa rasa bersalah

Selepas perbuatan 'mencuri' mereka dapat dikesan, Azmira sangkakan mereka akan berhenti di situ. Rupa-rupanya…

Azmira yang dah tak tahan melihat perbuatan tak senonoh itu mengambil keputusan untuk bertindak.

"Auntie, you tak malu ke ambil gula, krimer dengan stirrer tu banyak-banyak? Ni nama dia mencuri!"

"Kata marah kalau orang curi duit rakyat. Tapi diri sendiri curi hak orang lain takpe pulak?" kata Azmira.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ada siapa-siapa yang mengalami pengalaman yang sama?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: