“Makcik, Janganlah Buli Wanita Muda”- Dr Amalina Bagi Penjelasan Soal Pantang Cara Moden
Cara tradisional atau moden lagi bagus?
Soal pantang selepas bersalin sering menjadi topik yang menarik untuk dibincangkan
Antara perkara yang ditakuti wanita selepas bersalin adalah semasa berpantang. Mana tidaknya, sering kedengaran kisah-kisah menakutkan yang perlu dilalui oleh para ibu dalam tempoh tersebut.
Bukan sahaja makanan perlu dicatu, perlu makan jamu, mandi herba, berurut, memakai pilis di dahi dan banyak lagi. Malah si ibu juga perlu melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan kembali susuk tubuh selepas bersalin.
Takutnya dengar!
Image via Google
Terbaru, [Dr Amalina Bakri] (https://says.com/my/seismik/jangan-jadi-penunggang-agama-dr-amalina-bakri-bongkar-kesan-buruk-minum-jus-al-sunnah) berkongsi di laman Twitter miliknya mengenai isu di mana para ibu kini lebih memilih untuk menggunakan kaedah moden berbanding tradisional
Pada mulanya, Dr Amalina hanya berkongsi penerangan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan iaitu Prof Dr Imelda Balchin yang menerangkan panjang lebar mengenai isu itu.
Difahamkan, kaedah moden lebih 'mudah' dan tidak banyak pantang larang berbanding cara tradisional. Susulan itu, cara tersebut kini lebih dipilih oleh golongan ibu masa kini.

Cover image via 