20 Jenis Makanan Yang Anda Patut Dan Tak Patut Ambil Ketika Perut Kosong
Jangan main bedal je ok.
Cover image via Netral News/Community TableRamai menyangka pengambilan buah-buahan dan makanan berasaskan tenusu adalah baik terutamanya ketika perut kosong
Malangnya, pemilihan makanan tersebut adalah salah dan tidak digalakkan semasa perut anda kosong.
Walaupun buah-buahan dan makanan berasakan tenusu adalah baik untuk kesihatan, namun pengambilannya pada waktu yang salah boleh memberi kesan yang kurang baik pada tubuh badan kita.
Berikut adalah senarai 10 makanan yang patut anda elakkan semasa perut kosong:
1. Roti dan pastri
Kandungan yis dalam makanan seperti roti dan pastri akan membuatkan perut anda berasa kurang selesa kerana penghasilan gas dan ini secara tidak langsung akan membuatkan perut anda berangin.
Anda mungkin akan sendawa atau kentut sepanjang hari disebabkan tindak balas sistem perut anda terhadap kandungan yis tersebut.
Image via Gandum Mas kencana
2. Makanan dan minuman manis
Selepas bangun dari tidur dengan perut yang kosong, sebaiknya ambil segelas air kosong terlebih dahulu kerana tubuh badan anda baru sahaja mula untuk berfungsi.
Kandungan gula yang tinggi dalam makanan atau minuman akan menyebabkan pankreas anda bekerja dengan lebih kuat disebabkan peningkatan pengeluaran insulin oleh tubuh badan.
Image via Berita Hati.com
3. Yogurt dan produk tenusu yang diperam
Asid hidroklorik akan terbentuk untuk bertindak balas dan membunuh bakteria asid laktik yang dihasilkan oleh yogurt. Justeru itu, pengambilan yogurt dan produk tenusu semasa perut kosong hanya akan memberi sedikit manfaat kepada tubuh badan anda dan berkemungkinan menyebabkan gastrik.
Image via CNN.com
4. Buah pir
Serat kasar yang terdapat di dalam buah ini boleh mencederakan dinding perut jika diambil sewaktu perut anda kosong. Sebaiknya, makan buah pir ini selepas anda makan makanan yang lain bagi mengelakkan masalah tersebut terjadi.
Image via Klik Bontang
5. Tomato
Pengambilan tomato semasa perut kosong akan meningkatkan kadar asid dalam perut anda kerana kandungan asid tannicnya yang tinggi. Bagi sesetengah kes, anda mungkin boleh mendapat gastrik atau ulser perut.
Image via Authority Nutrition
6. Timun dan sayuran hijau
Sayuran mentah seperti timun atau ulam-ulaman yang lain adalah kaya dengan asid amino. Namun, pengambilannya sewaktu perut kosong boleh menyebabkan kembung perut, pedih ulu hati dan juga gas berlebihan dalam badan.
Image via Majalah Nona
7. Pisang
Pisang merupakan salah satu buah-buahan yang tinggi kandungan magnesium. Tetapi sekiranya diambil semasa perut kosong, kandungan magnesium dalam darah anda akan meningkat dan secara tidak langsung boleh membahayakan jantung.
Image via AlkeS MarInno
8. Makanan pedas dan berempah
Makanan pedas atau berempah boleh meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut. Sistem penghadaman dan pencernaan anda mungkin akan mengalami masalah sekiranya mengambil makanan yang pedas atau berempah semasa perut anda kosong.
Image via Merdeka
9. Minuman berkarbonat
Kandungan gula yang tinggi di dalam air berkarbonat boleh mengganggu proses pembekalan darah ke perut sekiranya diambil semasa perut kosong. Kesannya, proses pencernaan akan menjadi lambat. Pastikan anda makan sesuatu terlebih dahulu sebelum mengambil minuman berkarbonat.
Image via Step to Health
10. Buahan sitrus
Buah-buahan sitrus seperti oren dan lemon adalah tinggi dengan asid buahan. Anda mungkin diserang gastrik atau ulser perut sekiranya mengambil buahan tersebut ketika perut kosong.
Image via koding kn
Ini pula senarai makanan yang patut anda ambil ketika perut kosong:
1. Bijirin oat
Bijirin oat dapat membantu melindungi lapisan perut dan sekaligus menghalang asid hidroklorik daripada merosakkan dinding perut. Malahan, oat juga mengandungi serat mudah larut yang boleh membantu proses penurunan kadar kolesterol di dalam badan anda.
Image via Mr.Breakfast
2. Gandum hitam atau buckwheat
*Buckwheat* atau gandum hitam ini dapat membantu dalam merangsang sistem pencernaan anda kerana gandum ini kaya dengan sumber zat besi, vitamin dan juga protein.
Image via Alive
3. Bubur cornmeal
Makanan ini boleh membantu membuang toksin daripada badan serta membaikpulih sistem usus. Malahan, ia juga memberikan anda rasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.
Image via Cooking Maniac
4. Germa gandum atau wheatgerm
Dengan hanya mengambil 2 sudu besar germa gandum ini, badan anda akan dibekalkan dengan 15% Vitamin E serta 10% asid folik daripada pengambilan harian yang disyorkan. Ia juga dapat membantu melancarkan proses pencernaan anda.
Image via Youtube
5. Telur
Kajian mendapati bahawa dengan pengambilan telur sebagai sarapan pagi dapat membantu mengurangkan pengambilan kalori anda untuk sepanjang hari.
Image via Hello Sehat
6. Tembikai
Tembikai adalah makanan yang sangat baik untuk mata dan juga hati kerana mengandungi *lycopene* yang tinggi. Tambahan pula, pengambilan buah ini semasa sarapan dapat membekalkan anda dengan jumlah cecair yang banyak.
Image via Impiana
7. Beri biru
Pengambilan buah beri biru secara konsisten sangatlah digalakkan terutamanya ketika bersarapan. Ini kerana terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan beri biru ini akan membantu menguatkan daya ingatan, mengawal tekanan darah serta metabolisme badan anda.
Image via Blueberry Council
8. Roti gandum penuh tanpa yis
Tubuh manusia memerlukan pelbagai nutrien dan antara makanan yang dapat memenuhi keperluan nutrien itu adalah roti. Bersarapan pagi dengan roti gandum penuh tanpa yis adalah digalakkan.
Image via Minimalist Baker
9. Kekacang
Pengambilan kekacang ketika bersarapan atau semasa perut kosong berupaya memperbaiki sistem penghadaman serta turut membantu menormalkan kadar pH di dalam perut.
Image via Nicole Lana Lee
10. Madu
Madu membantu dalam memberikan anda tenaga dan kekuatan kepada sistem tubuh badan pada waktu pagi. Selain itu, madu juga menggalakkan aktiviti otak serta dapat meningkatkan pengeluaran hormon yang membuatkan anda berada dalam mood yang baik iaitu serotonin.
Image via Green Area

