Mak Tengah Struggle Guna Blender Manual, Anak Boleh Bantai Menari Dekat Belakang Ikut Beat
Pantang dengar bunyi mesti nak berjoget ya dik.
Cover image via @tiktokvutuanson (TikTok)Menjadi seorang suri rumah bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi bagi wanita yang sebelum ini bekerja dan terpaksa berhenti demi menjaga anak
Hari-hari akan melalui fasa rumah bersepah kerana anak yang semakin lasak dan ingin mencuba macam-macam perkara. Sedikit sebanyak, kesabaran kita akan diuji.
Namun, sebenarnya telatah mereka jugalah yang menjadi penghibur hari-hari kita. Seronok bila melihat mereka membesar di depan mata.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan gelagat seorang budak lelaki selamba menari di dapur semasa ibunya sedang menggunakan chopper telah mengundang tawa ramai.
Lihat video itu di bawah:
Ibu tengah gigih guna chopper potong bahan masak, anak boleh enjoy pula dekat belakang
Menerusi video yang dikongsi oleh @tiktokvutuanson, kelihatan budak lelaki itu sedang menemani ibunya yang memasak di dapur.
Apa yang menghiburkan adalah apabila si ibu sedang khusyuk memotong bahan masakan di dalam chopper blender, budak itu tiba-tiba menari kerana seronok mendengar bunyi chopper tersebut.
Lebih melucukan, dia pun ikut berhenti menari bila ibunya selesai menggunakan chopper blender itu.
Image via @tiktokvutuanson (TikTok)
"Aku ingat mak dia tengah gergaji dapur rupanya blender manual haha" – Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 604.3K tontonan, 26K tanda suka serta 7K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat spontan budak lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @tiktokvutuanson (TikTok)
Image via @tiktokvutuanson (TikTok)
Image via @tiktokvutuanson (TikTok)
Kelakar betul awak ni dik, macam tu pun boleh menari 😀
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


