Mak Ada ‘Hoarder’ Masuk Hospital, Anak-Anak Akhirnya Berjaya Kemas & Buang Barang Tak Guna

Dapat juga anak-anak dia kemaskan rumah tu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @puansrihartini (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah rumah yang dihuni seorang wanita mempunyai tabiat hoarder akhirnya dapat dikemaskan ketika dia dimasukkan ke hospital

Menerusi sebuah hantaran @puansrihartini di TikTok, dia telah berkongsi keadaan rumah seorang wanita yang mempunyai tabiat hoarder.

"Kisah benar, bila rumah penuh barang, hati pun boleh sesak. Kadang kena tunggu waktu yang 'tepat' untuk bertindak.

"Semoga kisah ini beri inspirasi dan kekuatan buat yang sedang hadapi situasi yang sama," tulisnya.

Image via TikTok

Anak-anak ambil peluang setelah ibu mereka dimasukkan ke hospital

Menurut wanita tersebut, dia telah melawat ke rumah mak berkenaan dan menemui anak-anak dan menantu sedang mengemas rumahnya sebelum salah seorang anak perempuan bercerita kepada wanita itu.

"Kami malu bila orang datang, orang ingat kami ni tak kisah nak kemas dan bersihkan rumah, padahal mak tak benarkan buang barang langsung, anak-anak nak tolong kemas pun selalu tak dibenarkan.

"Kami selalu bincang adik-beradik macam mana nak clearkan barang-barang mak ni. Allah bagi cara bila mak sakit masuk hospital, itu yang kami dapat laluan untuk buang barang," kata anak perempuan itu.

Menurut hantaran itu, dua lori kitar semula dan empat lori 'roro' bagi mengangkut barang-barang yang dibuang. Banyak pasu-pasu yang sudah rosak turut dapat dilihat selain pokok yang menjalar menutup pagar rumah tetapi tidak dibenarkan untuk ditebas oleh mak mereka.

Image via TikTok

Mendapat bantuan ustaz selepas menemui barang-barang lama yang tidak digunakan menjadi sarang 'makhluk halus'

Antara yang menjadi faktor anak-anak mak berkenaan buat keputusan untuk mengemas rumahnya adalah disebabkan barang-barang yang terbiar tidak digunakan menjadi tempat makhluk halus 'bertenggek'.

"Anak murid yang datang tuisyen di rumah pernah cakap nampak benda dan bunyi yang menakutkan. Anak-anak saudara yang kecil pun nampak macam-macam 'benda'.

"Anak-anak jemput dua orang ustaz ke rumah sebab mak cakap macam nampak kelibat, malam tak boleh tidur, badan sakit-sakit. Anak-anak panggil ustaz untuk ubatkan mak dan 'pagar' rumah.

"Kedua-dua ustaz pesan suruh buang barang-barang yang 'bertenggek' tinggal kat barang-barang yang tak pakai tu, ganggu kesihatan dan ketenangan rumah. Mak angguk bersetuju, tapi bila anak-anak bertindak buang barang, mak mula moody," kata anaknya.

Image via TikTok

Merajuk selepas mendapati anak-anak telah mengemas dan membuang barang-barang terkumpul di rumah

Sebaik sahaja mak terbabit pulang dari hospital, wanita itu terus merajuk dan berkurung di dalam bilik. Menurut anaknya, kali ini ibu mereka lebih terarah kepada pasrah dengan pembuangan barang-barangnya.

"Mak tengok barang banyak dah tak ada, terus merajuk, tak keluar bilik. Anak-anak serba salah, cuma kali ini mak macam pasrah je maybe sebab dah tak larat.

"Slowly, mak nampak lebih tenang, tidur malam pun tak terganggu, rupanya rumah lapang, hati pun lapang tiada gangguan," luah anak itu.

Image via TikTok

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: