Majlis ‘Luxury Hi-Tea’ Anjuran DPDDM Berlangsung Meriah Di Concorde Hotel, Kuala Lumpur
Majlis eksklusif itu diadakan bertujuan untuk bagi peluang kepada ahli berkongsi pengalaman, membina hubungan baru dan memperkukuh jaringan perniagaan mereka.
Cover image via Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia - DPDDMFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat julung-julung kalinya, Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) menganjurkan majlis 'Luxury Hi-Tea' di Concorde Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini
Dengan tema kemewahan yang mencerminkan nilai keunggulan dan visi progresif DPDDM, acara ini bukan sahaja meraikan pencapaian ahli tetapi juga menyediakan peluang eksklusif untuk membina rangkaian dan menjalin kerjasama baharu, sekaligus membuktikan DPDDM sebagai platform strategik bagi dunia perniagaan.
Majlis hi-tea ini dihadiri oleh tokoh korporat, ahli perniagaan terkemuka, dan para jemputan khas, menjadikannya satu platform penting untuk perbincangan tentang masa depan ekonomi Malaysia.
Ucapan perasmian oleh Presiden DPDDM, Dato' Sri Hasnal menjadi tumpuan, dengan penekanan kepada usaha dewan untuk terus membantu ahli-ahlinya berkembang di pentas tempatan dan antarabangsa.
Beliau juga menekankan bahawa acara seperti ini adalah bukti komitmen DPDDM dalam menyediakan peluang eksklusif kepada ahli untuk membina hubungan strategik yang dapat memperkukuh posisi perniagaan mereka.
Dato' Sri Hasnal turut menyatakan bahawa DPDDM akan terus berinovasi dalam memberikan sokongan kepada ahli melalui program pembangunan, inisiatif kerjasama, dan acara eksklusif seperti majlis hi-tea ini.
Dengan cabaran ekonomi global yang semakin kompleks, pendekatan kolaboratif ini dianggap sebagai kunci kepada pertumbuhan mampan ahli-ahli DPDDM.
Salah satu elemen istimewa dalam majlis ini ialah penghormatan kepada dua tokoh penting, Tan Sri Jojo dan YM Tengku Hishamudin, yang telah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan DPDDM.
Penganugerahan trofi kepada mereka bukan sahaja sebagai simbol penghargaan tetapi juga sebagai inspirasi kepada ahli-ahli lain untuk terus menyumbang kepada kemajuan organisasi dan komuniti perniagaan secara keseluruhan.
Pertunjukan fesyen oleh Yani Bakhtiar melalui jenamanya Yans Creation turut meraih perhatian tetamu yang hadir
Majlis 'Luxury Hi-Tea- pada petang itu turut diserikan dengan pertunjukan fesyen oleh Yani Bakhtiar melalui jenamanya Yans Creation.
Koleksi yang dipersembahkan oleh beliau memaparkan gaya elegan dan moden yang selaras dengan tema kemewahan majlis berkenaan.
Dengan kehadiran tetamu dari pelbagai latar belakang perniagaan, pertunjukan ini memberikan perspektif baharu tentang bagaimana elemen kreatif seperti fesyen dapat dimanfaatkan dalam memperluaskan capaian dan mempelbagaikan portfolio perniagaan.
Dalam pada itu, Pengarah Pembangunan Perniagaan DPDDM, Dato' Sri Sharizal Sarip berkata, majlis 'Luxury Hi-Tea' ini adalah cerminan kepada misi DPDDM untuk menjadi perantara yang menyatukan pemimpin industri.
"Majlis ini bukan sahaja meraikan pencapaian DPDDM tetapi juga menyediakan platform eksklusif bagi ahli untuk berkongsi pengalaman, membina hubungan baru, dan memperkukuh jaringan perniagaan mereka.
"Dengan suasana yang penuh kemewahan, DPDDM membuktikan komitmennya dalam menyediakan pengalaman yang berprestij dan bermakna kepada ahli dan tetamu jemputan," katanya.
Sementara itu, acara kemuncak diteruskan lagi dengan sesi penyampaian watikah kepada penaja dan ahli kehormat, di mana ia melambangkan komitmen dan sokongan mereka terhadap misi DPDDM.
Majlis turut diserikan lagi dengan acara lucky draw dengan pelbagai hadiah menarik disediakan untuk para tetamu yang hadir, menambahkan suasana keceriaan dan kemeriahan majlis.
Pengarah Pembangunan Perniagaan DPDDM, Dato' Sri Sharizal Sarip
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


