Majalah 3 Menyelami Kecanggihan PFLNG Dua, Loji Terapung Petronas Yang Menggegarkan Dunia

Episod ini membawa kita menyelami dunia teknologi tenaga yang mencabar di tengah lautan terbuka melalui fasiliti Petronas.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TV3 Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Program dokumentari ikonik negara, Majalah 3, sekali lagi memukau penonton menerusi dokumentari khas bertajuk "Merintis Horizon"

Episod ini membawa kita menyelami dunia teknologi tenaga yang mencabar di tengah lautan terbuka melalui fasiliti Petronas Floating Liquified Natural Gas (PFLNG).

Melalui lensa Majalah 3, kita dapat melihat bagaimana Petronas mencipta sejarah dunia apabila menjadi syarikat tenaga pertama yang mengendalikan dua fasiliti LNG terapung serentak iaitu PFLNG Satu (2017) dan PFLNG Dua (2020). Ini bukan sekadar projek industri, tetapi bukti kehebatan anak tempatan di persada global.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Kenali 5 fakta menarik PFLNG Dua

Teknologi LNG terapung membolehkan pemprosesan gas dilakukan terus di laut tanpa bergantung kepada saluran paip yang panjang ke darat. Berikut adalah fakta hebat tentang aset strategik negara ini:

1. Kilang LNG Terapung di Laut Terbuka

Loji pemprosesan gas PFLNG Dua beroperasi sepenuhnya di tengah laut. Teknologi canggih ini membolehkan gas diproses terus dari telaga minyak tanpa perlu dihantar ke fasiliti darat, menjadikannya lebih efisien dan menjimatkan kos.

2. Gergasi Kebanggaan Malaysia

Berlokasi kira-kira 140km dari pesisir Kota Kinabalu, Sabah, struktur mega ini berukuran 393 meter panjang. Ia mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 1.5 MTPA LNG dengan jangka hayat reka bentuk mencecah 20 tahun.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

3. Malaysia di Peta Tenaga Dunia

Kehadiran PFLNG Dua mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai perintis dan pemimpin dalam teknologi LNG terapung di peringkat global, mengatasi banyak gergasi tenaga dunia yang lain.

4. Infrastruktur Tenaga Jangka Panjang

Sebagai aset strategik, PFLNG Dua direka untuk beroperasi selama berpuluh tahun demi menyokong keselamatan tenaga negara serta menjamin bekalan LNG untuk pasaran dunia.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

5. Impak Global, Identiti Nasional

Projek ini adalah simbol keupayaan intelek dan teknikal rakyat Malaysia. Ia membuktikan bahawa negara kita mampu menyumbang secara signifikan kepada sistem peralihan tenaga dunia yang lebih bersih.

SAYS.com
Image via TV3 Malaysia

Cabaran di sebalik tabir kru operasi PFLNG Dua

Majalah 3 turut menyorot sisi manusiawi dan cabaran teknikal yang dihadapi oleh kru operasi. Berada di lokasi terpencil dengan cuaca ekstrem di laut lepas, ditambah pula dengan kekangan pandemik Covid-19 semasa fasa pembinaannya, struktur mega ini tetap berjaya disiapkan.

Malah, pencapaian paling membanggakan adalah apabila PFLNG Dua berjaya menghasilkan LNG pertamanya hanya dalam tempoh tujuh hari selepas mula beroperasi merupakan satu rekod luar biasa dalam industri minyak dan gas global.

Jangan lupa saksikan  Majalah 3 setiap Isnin, 9 malam di TV3 atau terlepas boleh je strim melalui Tonton https://browse.tonton.com.my/live/tv3!

Tonton juga video penuh Majalah 3 di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: