Mahu Bedah Siasat Kali Kedua, Ibu Pelatih PALAPES Yang Mati Sedia Kubur Anak Digali Semula

Ibunya mendakwa terdapat kecederaan teruk pada tubuh anaknya & tidak selaras dengan punca kematian akibat sawan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Kosmo!
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, gesa bedah siasat kedua dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian

Menerusi laporan Harian Metro, Ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, yang turut bersedia kubur anaknya digali semula berkata permohonan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi membolehkan siasatan telus dilaksanakan tanpa melindungi mana-mana pihak.

Ummu sebelum ini dilaporkan menuntut siasatan segera dijalankan berhubung kematian anaknya ketika menjalani latihan di PALAPES UTM Pulada, Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pulada, Ulu Tiram, Johor, dengan sebab kematian belum jelas.

Katanya, kematian anaknya bukanlah disebabkan sawan seperti yang dimaklumkan kerana terdapat kecederaan teruk serta pendarahan pada tubuh badan.

"Saya mohon bedah siasat kedua dilaksanakan segera dan siasatan telus dibuat tanpa melindungi sesiapa.

"Saya juga mahu wakil peguam keluarga dilantik sebagai ahli jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes ini,"
katanya.

Menurut Ummu, terdapat kecederaan seperti lebam di mata, pendarahan luar biasa melalui hidung dan mata, luka di mulut serta pendarahan teruk di leher yang ditutup dengan kapas tebal.

SAYS.com

Ibu Allahyarham Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun.

Image via Nurulain Abd HadiImage via

Dakwa tidak dibenarkan mengambil gambar dan membuka selimut yang menutupi jasad anaknya

Ummu mendakwa dia tidak dibenarkan membuka selimut yang menutupi jasad anaknya dan turut dilarang mengambil gambar.

Adiknya yang turut bersamanya ketika itu juga tidak dibenarkan berbuat demikian semasa pemerhatian terhadap jenazah anaknya sewaktu menjalani bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, Johor.

Menurutnya, dia hanya dibenarkan melihat jasad anaknya dari satu sudut sahaja dan tidak dibenarkan memusingkan badan untuk memeriksa keseluruhan tubuh anaknya.

"Gambar yang sempat diambil jelas menunjukkan kecederaan itu bukan akibat sawan seperti dimaklumkan pihak PALAPES dan perkara itu turut dibincangkan bersama adiknya yang juga seorang doktor.

"Kecederaan itu menyebabkan saya percaya ada dan yakin ada unsur jenayah membabitkan kematian anak saya," katanya.

Ummu mengesahkan peguam yang mewakilinya, Datuk Naran Singh, sebelum ini sudah menghantar permohonan inkues kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kematian anaknya di samping pihak keluarga kini dalam proses memohon pelaksanaan bedah siasat kedua melalui AGC menerusi KPT.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: