Mahkamah Putuskan Bapa ‘Dapat’ Kembali Hak RM650,000 Daripada Akaun ASB Anak

Difahamkan, wang berkenaan bukan pemberian mutlak daripada bapa tersebut tetapi hanya dipegang sebagai amanah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Mohd Fadli Hamzah & NSTP
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan seorang bekas juruterbang berhak ke atas wang kira-kira RM650,000 yang disimpan dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang didaftarkan atas empat anaknya

Menerusi laporan Free Malaysia Today, panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Azizul Azmi Adnan berkata dana tersebut dipegang sebagai amanah untuk bekas juruterbang tersebut, Zahid Abdul Aziz, 63, manakala anak-anaknya telah melanggar tanggungjawab fidusiari mereka.

"Tidak ada merit dalam rayuan defendan. Tuntutan (Zahid) dikekalkan sepenuhnya di semua peringkat rayuan," kata Azizul,yang bersidang bersama Hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin dan Evrol Mariette Peters.

Mahkamah memerintahkan Nurul Izzati Zahid, 36, Khairi Zahid, 34, Azri Zahid, 30, dan Zafri Zahid, 23, membayar kos RM20,000 kepada bapa mereka selepas menolak rayuan adik-beradik itu.

Menurut Zahid, dana tersebut datang sepenuhnya daripada simpanannya dan bertujuan sebagai pelaburan di bawah kawalannya dengan defendan bertindak sebagai pemegang amanah.

Namun, anak-anaknya berkata ia adalah pemberian mutlak memandangkan akaun itu didaftarkan atas nama mereka dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh bapa mereka bahawa akaun itu adalah untuk 'masa depan' mereka.

Peguam Hazman Harun mewakili adik-beradik tersebut, manakala peguam Zubir Embong mewakili Zahid.

SAYS.com
Image via bncomms

Hubungan dengan anak-anak rengggang selepas bercerai

Pada Disember 2023, Mahkamah Sesyen membenarkan tuntutan Zahid dan Mahkamah Tinggi mengekalkan dapatan hakim perbicaraan itu tahun lalu.

Dalam penghakiman Mahkamah Tinggi, dinyatakan bahawa hubungan Zahid dengan anak-anaknya renggang selepas dia bercerai dengan isterinya.

Zahid berkata anak-anaknya melakukan pecah amanah dengan mengambil alih akaun secara tidak sah dengan melaporkan buku akaun sebagai hilang. Mereka kemudiannya mendapatkan buku gantian dan mengubah butiran akaun untuk mengecualikan namanya.

Mahkamah Sesyen memihak kepada si bapa mendapati bahawa dana itu dipegang sebagai amanah, tiada pemberian dibuktikan dan tindakan defendan merupakan satu pecah amanah.

Mahkamah Tinggi juga berkata bapa itu membuktikan kewujudan amanah nyata dengan memenuhi tiga elemen kepastian iaitu niat (pengekalan kawalan), perkara subjek (khusus, boleh dijejaki) dan objek (pemegang amanah yang boleh dikenal pasti).

Akaun-akaun itu dibuka antara 2013 dan 2015 dengan Zahid memperuntukkan RM200,000 masing-masing ke akaun Nurul Izzati, Khairi dan Azri, serta RM50,000 lagi ke akaun Zafri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: