Mahkamah Arah RM2.5 Juta Dibayar Kepada Mangsa Alami Kerosakan Otak 9 Tahun Lepas

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada tahun 2017, ketika mangsa dilahirkan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mahkamah Tinggi di Alor Setar arah RM2.5 juta diberi kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang mengalami kerosakan otak ketika dilahirkan

Menerusi laporan Free Malaysia Today, perkara itu diputuskan selepas kerajaan mengaku bertanggungjawab dalam saman kecuaian perubatan yang difailkan.

Saman itu telah dilakukan pada 2022 menerusi bapanya terhadap 10 doktor dan seorang jururawat dari Hospital Sultanah Bahiyah serta kerajaan atas liabiliti vikarius.

Pesuruhjaya Kehakiman, Aimi Zaini Azhar berkata tiada pertikaian bahawa kanak-kanak terbabit tidak dapat dipulihkan, begitu juga dengan kenyataan bahawa dia tidak akan sembuh daripada kecederaan dialami.

"Dia akan terus bergantung sepenuhnya kepada orang lain dalam semua aspek kehidupan harian.

"Namun, masih terdapat kemungkinan peningkatan dalam keupayaan fungsi dan keadaan keseluruhannya jika diberikan penjagaan, rawatan dan terapi yang sesuai," katanya.

SAYS.com
Image via FMT

Prosiding sebelum ini hanya melibatkan penilaian jumlah pampasan, di mana saksi kedua-dua pihak beri keterangan

Jumlah pampasan keseluruhan bernilai RM2,548,850.12 adalah merangkumi RM1,389,414 bagi ganti rugi masa depan, RM314,686.12 ganti rugi khas, RM400,000 ganti rugi am, RM200,000 ganti rugi am masa depan, RM150,000 kos guaman dan RM36,159.72 perbelanjaan.

Mahkamah telah memerintahkan pampasan berkenaan diletakkan di dalam dana amanah yang diurus bersama ibu bapa kanak-kanak terbabit.

"Rekod penyelenggaraan dan perbelanjaan wang itu hendaklah disimpan dengan teratur," katanya.

Peguam Manmohan Singh Dhillon, Desmond Mun dan Alicia Chin mewakili plaintif, manakala kerajaan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Siti Asmath Che Man.

Kedua-dua pihak turut ada membuat pemfailan rayuan berhubung jumlah pampasan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Responsabile Civile

Kecuaian difahamkan berlaku ketika bayi cuba dikeluarkan semasa bersalin

Ibu kanak-kanak berkenaan telah dimasukkan ke hospital pada 13 Mei 2017 selepas mengalami kesakitan sebelum dipindahkan ke bilik bersalin.

Pada 15 Mei, pemeriksaan faraj mendapati serviks telah terbuka sehingga 5cm dan prosedur pecah air ketuban dilakukan dengan cecair jernih dapat diperhatikan.

Proses kelahiran cuba dibantu menggunakan alat vakum, namun tiga tarikan vakum oleh pegawai perubatan hanya menyebabkan sedikit pergerakan kepala janin.

Kanak-kanak itu akhirnya dilahirkan pada jam 3.09 pagi selepas dua lagi tarikan dilakukan pegawai perubatan lain.

Dia kemudiannya disahkan mengalami Hypoxic Ischaemic Encephalopathy Stage V menyebabkan kecederaan otak teruk dan kekal.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest