Mah Sing Lancar M Legasi Semenyih, Pembangunan Kediaman Pegangan Kekal Seluas 500 Ekar
Projek kediaman dan pusat komersial baharu oleh Mah Sing itu dibangunkan di Semenyih, Selangor.
Cover image via Mah SingFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Mah Sing.
Mah Sing baru-baru ini telah melancarkan projek M Legasi iaitu sebuah pembangunan kediaman pegangan kekal seluas 500 ekar di Semenyih, Selangor
Dengan pembangunan di atas tanah seluas 500 ekar yang dahulunya dipenuhi dengan kelapa sawit tua, M Legasi Semenyih akan membawakan transformasi kepada kawasan tersebut dengan membawa konsep legasi yang berkekalan digabungkan bersama gaya hidup moden.
Pembangunan ini melibatkan pembinaan kediaman dan pusat komersial di bawah Majlis Perbandaran Kajang.
Dengan nilai pembangunan kasar bernilai kira-kira RM3.5 bilion, ia melibatkan pembangunan kediaman 2 Tingkat dan Hab Komersial seluas 19 ekar.
Image via Mah Sing
Kediaman yang dibina akan dikelilingi akses mudah untuk ke taman rekreasi dan pusat komersial
Pembangunan ini dibahagikan kepada tiga kumpulan presint kediaman iaitu Impira, Adiya dan Embun dibina mengelilingi pusat komersial, gaya hidup dan rekreasi.
Memiliki keseluruhan kawasan hijau seluas 50 ekar, setiap presint kediaman ini dibangunkan di kawasan yang terhubung dengan akses ke taman rekreasi utama seluas 13 ekar berada di tengah-tengah kawasan pembangunan.
Penduduk juga dapat menikmati pelbagai kemudahan dan fasiliti seperti gelanggang pickle ball, bola keranjang, badminton dan gimnasium terbuka.
Ini membolehkan penduduk menikmati akses mudah ke taman yang terletak di tengah-tengah pembangunan, sekali gus mewujudkan persekitaran hijau yang menggalakkan interaksi komuniti dan gaya hidup sihat.
Setiap kemudahan yang disediakan di dalam M Legasi turut telah dirancang pembinaannya untuk dapat diakses dalam masa yang singkat.
Image via Mah Sing
Image via Mah Sing
Dua reka bentuk kediaman tersedia iaitu Alidia dan Feloria
Kedua-dua reka bentuk rumah teres dua tingkat ini menawarkan tiga pilihan keluasan, iaitu 20'x60′, 20'x65′ dan 20'x70′.
Setiap unit dilengkapi dengan empat bilik tidur dan tiga bilik mandi, serta reka bentuk ruang tamu, ruang makan dan dapur yang terbuka untuk keselesaan maksimum di samping tempat letak kenderaan yang luas sesuai dengan reka bentuknya yang berorientasikan keluarga.
Reka bentuknya turut memiliki susun atur yang praktikal dapat memberi pencahayaan dan pengudaraan yang baik di mana semua bilik air dilengkapi dengan pengudaraan semula jadi. Ruang juga direka agar dapat dimanfaatkan secara efisien tanpa sebarang sudut yang terbuang atau susun atur yang tidak teratur.
Reka bentuk kediaman ini tersedia dengan keluasan binaan antara 1,555 hingga 1,759 kaki persegi.
Image via Mah Sing
Image via Mah Sing
Dilengkapi hab komuniti yang menenangkan
Dipanggil sebagai Legacy Walk, hab ini memiliki sebuah tasik berfungsi sebagai pusat tumpuan masyarakat di sini.
Penduduk dapat berkumpul untuk berhubung, membeli-belah, menjamu selera dan meraikan sambutan antara komuniti.
Legacy Walk turut dilengkapi tempat pengecasan kenderaan EV serta taman dan landskap yang bertemakan Zen.
Image via Mah Sing
Kenapa pilih M Legasi?
Pegangan Kekal:
Pembangunan berstatus pegangan kekal ini menjanjikan pemilikan jangka panjang yang stabil, dengan kelebihan seperti nilai hartanah yang berpotensi meningkat, urusan pemilikan yang lebih mudah dan sekatan undang-undang yang minimum.
Komuniti yang Berpengawal:
Kawasan komuniti berpengawal ini dilengkapi kawalan keselamatan yang rapi, sekali gus menjamin suasana yang lebih selamat untuk penduduk.
Hak milik individu:
Dengan memiliki kediaman di M Legasi, pembeli dapat menikmati kelebihan susun atur yang fleksibel di mana pengubahsuaian rumah boleh dilakukan mengikut kreativiti dan idea tersendiri memandangkan tiada undang-undang strata dikenakan. Di samping itu, pembeli turut dapat menikmati kelebihan yuran penyelenggaraan rumah yang rendah.
Komuniti yang dilengkapi dengan kawasan hijau:
Dengan pembangunan keseluruhan kawasan hijau seluas 50 ekar meliputi taman rekreasi utama seluas 13 ekar, setiap taman turut dilengkapi dengan laluan berbasikal dan pejalan kaki yang mengelilingi keseluruhan kawasan pembangunan.
Akses jalan utama:
Pembangunan M Legasi dibina berdekatan lebuhraya-lebuhraya utama sekitar Lembah Klang seperti PLUS, Cheras-Kajang, SUKE, LEKAS dan EKVE.
Bandar Green RE:
Dengan pengiktirafan GreenRE, perancangan pembangunan ini menitikberatkan kelestarian alam sekitar. Setiap presint dilengkapi dengan ruang rekreasinya yang tersendiri. Ini membantu mewujudkan suasana kediaman yang lebih sihat dan menyokong usaha menjaga alam sekitar untuk masa depan yang lebih hijau. Selain itu, susun atur perumahan direka menghadap arah Utara-Selatan, sekali gus memastikan bahagian hadapan dan belakang kediaman tidak terdedah secara langsung kepada pancaran matahari terbit dan terbenam.
Image via Mah Sing
Presint Kediaman Impira dibuka untuk jualan
Dengan harga bermula RM1,838* bulanan, anda kini boleh membeli rumah teres 2 tingkat di presint kediaman Impira M Legasi Semenyih.
Fasa 1A Telah Habis Dijual manakala Fasa 1B Kini Dibuka untuk Jualan. Anda turut dapat menikmati "Pakej Unggul, Mudah Dimiliki" yang menyediakan faedah-faedah seperti berikut:
o Komitmen tunai yang rendah (Lebih banyak wang tunai kekal dalam simpanan anda)
o Pembiayaan sehingga 95% (Kelulusan pinjaman yang lebih mudah dan fleksibel)
o Kos SPA, yuran guaman dan MOT ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju
Rumah pameran kini boleh dikunjungi, cari sahaja M Legasi Show Village di aplikasi Waze atau Google Maps.
Sebarang pertanyaan mengenai M Legasi Semenyih, sila hubungi talian 03 9212 3355 atau layari laman sesawang m-legasi.com.my
Untuk maklumat lanjut, tekan sahaja di SINI
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

