Maghfirah Travel Terpilih Antara 14 Agensi Elit Amal By Malaysia Airlines Bagi Umrah Musim 1448H
Maghfirah Travel telah melaburkan hampir RM10 juta bagi tempahan awal tempat duduk penerbangan.
Cover image via Maghfirah TravelFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd (Maghfirah Travel) baru-baru ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemain utama industri umrah tanah air apabila memeterai kerjasama strategik bersama Amal by Malaysia Airlines bagi musim 1448H
Langkah proaktif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat untuk memberikan jaminan keselesaan, keselamatan, dan keyakinan mutlak kepada para jemaah dalam mendepani cabaran industri umrah yang kian dinamik.
Bagi memastikan perancangan perjalanan yang lebih teratur, Maghfirah Travel telah mengambil langkah berani dengan melaburkan hampir RM10 juta bagi tempahan awal tempat duduk penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maghfirah Travel, Tuan Haji Fakrur Radzi Mohd Omar, menegaskan bahawa pemilihan syarikatnya sebagai salah satu daripada 14 agensi terpilih oleh Amal by Malaysia Airlines adalah bukti piawaian perkhidmatan mereka yang tinggi.
"Bagi kami, keselesaan dan keyakinan jemaah adalah keutamaan paling tinggi. Setiap pendaftaran bukan sekadar urusan perniagaan, tetapi satu amanah. Pelaburan ini memastikan jemaah dapat merancang ibadah dengan tenang tanpa bimbang tentang ketidaktentuan jadual penerbangan," ujar beliau.
Jaminan keselamatan laluan penerbangan dengan 15 tahun pengalaman
Menyentuh mengenai isu geopolitik dan kawasan konflik global, Amal by Malaysia Airlines telah memberikan jaminan bahawa semua laluan penerbangan bagi jemaah umrah adalah selamat dan tidak melalui zon berisiko.
"Perancangan laluan yang terancang ini memberikan keyakinan tambahan kepada kami untuk terus menjamin keselamatan jemaah sepanjang perjalanan di udara," tambah Tuan Haji Fakrur Radzi.
Maghfirah Travel yang telah 15 tahun bertapak dalam industri kini telah menerbangkan hampir 30,000 jemaah. Bagi tahun ini, syarikat menyasarkan untuk membawa 4,000 jemaah lagi ke Tanah Suci.

Di tengah-tengah tekanan harga pasaran yang sengit, Maghfirah Travel memilih untuk tidak bersaing sebagai penyedia termurah, sebaliknya memfokuskan kepada pengurusan risiko dan kualiti perkhidmatan.
- Pengurusan Risiko: Menangani ketidaktentuan global dan kestabilan harga.
- Standard Perkhidmatan: Memastikan setiap perjalanan benar-benar terancang dan selamat.
- Kepuasan Jemaah: Memenuhi jangkaan (expectation) jemaah yang semakin tinggi terhadap keselesaan.
Langkah strategik ini membuktikan Maghfirah Travel kekal relevan sebagai agensi yang paling diyakini, memastikan setiap jemaah melalui perjalanan yang menenangkan hati dari awal hingga akhir. Maklumat lanjut mengenai pakej umrah boleh didapati di www.maghfirahtravel.com.my.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



