Macam Mana Nak Tebus RM100 Guna MyKad? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Jangan lupa tebus!

Enlarge text
Cover ImageCover image via MyKasih Foundation & Wau Post
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menerusi pengumuman khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, semua rakyat Malaysia bakal menerima bantuan one-off bernilai RM100

Antara intipati yang dimaklumkan beliau ialah bantuan ini yang juga merupakan inisiatif di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Dalam artikel ini, akan dijelaskan beberapa persoalan umum tentang bantuan terbabit seperti siapa yang layak, bila boleh tebus dan ada tarikh luput atau tak?

1. Sumbangan layak ditebus untuk semua warganegara berusia 18 tahun dan ke atas

Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak menerima RM100 secara one-off di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Permohonan juga tidak perlu dilakukan kerana ia akan masuk secara automatik kepada yang layak mendapatkan bantuan tersebut.

Bantuan dikreditkan terus ke MyKad. Jadi jika anda berniat untuk menggunakannya, pastikan bawa MyKad ke kedai runcit, pasaraya terpilih.

2. Boleh mula ditebus bermula 31 Ogos Sehingga 31 Disember 2025 sahaja

Selari dengan tarikh penting dalam negara, penggunaan bantuan ini boleh mula ditebus bermula 31 Ogos 2025 sempena Hari Kebangsaan tahun ini.

Kredit RM100 sah hingga 31 Disember 2025. Jika tidak digunakan, ia akan luput dan baki akan diagih semula kepada golongan rentan melalui program lanjutan.

3. Hanya terpakai untuk kategori barangan terpilih

Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli lebih 90,000 barangan keperluan tetapi hanya dalam 13 kategori, iaitu:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan

Ia melibatkan lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99 Speedmart serta kedai-kedai runcit di semua daerah seluruh negara.

SAYS.com
Image via MyKasih

4. Boleh semak barang menggunakan aplikasi MyKasih

Memang kebanyakan barang disertakan tapi lebih selamat jika anda semak terlebih dahulu, lebih-lebih lagi jika tiada label MyKasih pada rak barangan tersebut.

Apa yang perlu anda buat adalah pastikan anda mempunyai aplikasi MyKasih terlebih dahulu. Dalam tu anda boleh periksa baki, senarai barangan dan kedai berdekatan yang tersedia mempunyai barangan MyKasih.

Tengok cara semak di bawah:

5. Cara tebus barangan guna kredit RM100

  • Pilih Barangan Keperluan
    Anda boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang menyemak status MyKad.
  • Tukar Nombor Pin Sementara
    Buat pengguna kali pertama anda akan diminta menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu
  • Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
SAYS.com
Image via MyKasih

Lihat panduan membeli barangan menggunakan MyKad di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: