Luluh Hati Seorang Suami, Isteri Dicekup Khalwat Siang Hari Pada Bulan Ramadan

Difahamkan, tangkapan itu dilakukan oleh imam yang bertugas bersama pihak penguat kuasa JAIM.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup berkhalwat bersama seorang lelaki lain dalam serbuan di sebuah rumah di Krubong, Melaka semalam

Menerusi sebuah hantaran oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), kejadian kira-kira jam 10 pagi itu mencetuskan kekecohan apabila lelaki berkenaan yang dipercayai suami kepada wanita itu bertindak memberi amaran kepada isterinya sebaik sahaja ditahan oleh penguat kuasa JAIM.

Rakaman kejadian yang berdurasi kira-kira satu minit itu dikongsikan di TikTok pasukan penguat kuasa berkenaan memaparkan situasi tegang antara pasangan suami isteri terbabit.

Dalam video berkenaan, kedengaran lelaki itu meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap isterinya.

"Kau aku tak tumbuk kau dah baik tau, lagi kau nak 'langsi' dengan aku ek,"
katanya sebelum ditenangkan oleh pegawai penguat kuasa yang berada di lokasi.

SAYS.com
Image via Image via JAIM

Tangkapan dilakukan oleh imam yang bertugas bersama pihak penguat kuasa JAIM

Perkara itu dilakukan selepas pihak terbabit menerima maklumat mengenai aktiviti mencurigakan di rumah berkenaan.

"Tangkapan dilakukan oleh imam bersama penguat kuasa JAIM menahan isteri orang berkhalwat di siang Ramadan. Namun kekecohan berlaku antara si isteri (orang yang disyaki) dan si suami yang berada di tempat kejadian kerana kecewa dengan perbuatan isterinya yang memalukan itu. Video ini bukan untuk mengaibkan, tetapi memberi kesedaran kepada masyarakat sebagai kempen 'amal makruf nahi munkar'," menurut JAIM.

Difahamkan, kesalahan yang dilakukan adalah di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkhalwat yang menimbulkan syak.

Kedua-dua individu terbabit kemudian dibawa ke balai polis berhampiran bagi membuat laporan sebelum dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan lanjut.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Lihat video tersebut di bawah:

@unit.operasi.bpk

'Imam menangkap pasangan berkhalwat' "Disclaimer: Kandungan video bukan untuk mengaibkan tetapi bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat sebagai kempen "Amar Makruf Nahi Munkar" #operasi #bpk #jaim #kerja #penguatkuasaagama

♬ original sound – Penguatkuasa JAIM – Penguatkuasa JAIM

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: