Luckin Coffee Kolaborasi Bersama Honor Of Kings & Lancar Minuman Kopi Fruity Series Baharu

Luckin Coffee juga melancarkan barangan edisi terhad dari 6 Jun hingga 30 Jun ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Luckin Coffee Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, Luckin Coffee berkolaborasi dengan Honor of Kings bagi melancarkan siri kopi baharu iaitu Fruity Series, yang menggabungkan aroma kopi dan buah iaitu Orange Americano dan Grape Fizzy Americano baru-baru ini

Di cawangan Luckin Coffee Sunway Pyramid baru-baru ini, pelancaran itu turut memperlihatkan kehadiran dua cosplayer terkenal, Angellowee (@therealangelloweee) dan Lea (@lea_coser) yang tampil sebagai watak Shi dan Yao dari permainan.

Terdapat kad foto eksklusif buat pembeli dan peminat bertuah dapat merakam sesi bergambar bersama cosplayer watak kegemaran mereka.

Luckin Coffee juga melancarkan barangan edisi terhad dari 6 Jun hingga 30 Jun ini. Barangan seperti Pop socket, gantungan telefon, dan pelekat holografik menjadi buruan peminat yang ingin menunjukkan mereka mengikuti trend terkini.

Pelanggan boleh mendapatkan barangan ini melalui tiga pakej kombo yang menarik:

  • Kombo Solo Buff (RM12) menawarkan secawan Siri Buah-buahan bersama pop socket atau gantungan telefon
  • Kombo Duo Buff (RM20) membawa dua minuman—sama ada dua Siri Buah-buahan atau satu Siri Buah-buahan dan satu minuman bestseller bersama barangan pilihan 
  • Kombo Fruity Boost (RM18) menghidangkan dua minuman Siri Buah-buahan untuk kesegaran maksima

Setiap kombo disertakan pelekat holografik yang sudah tentu tidak akan dilepaskan para peminat HOK.

Pelanggan pertama setiap hari yang memuat naik gambar bersama standee Honor of Kings berpeluang menebus Pakej Buff Up

Bagi yang pantas bertindak dan aktif di media sosial, Luckin menawarkan kejutan istimewa. Dari 6 hingga 8 Jun, 100 pelanggan pertama setiap hari yang memuat naik gambar bersama standee Honor of Kings di Instagram atau Facebook dengan tanda pagar #BuffUpWithLuckin serta tag @luckincoffee.msia dan @HonorofKingsMalaysia berpeluang menebus Pakej Buff Up.

Pakej ini termasuk Fizzy Grape Americano percuma, baucar Beli 1 Percuma 1, dan dua kupon diskaun 40%, yang hanya boleh ditebus melalui aplikasi Luckin Coffee selepas pengesahan kakitangan. Ini adalah hadiah untuk kreativiti dan kesetiaan peminat.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi terkini dan tentang Luckin Coffee, anda boleh sahaja layari luckincoffee.com/my!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: