“Luar Biasa, Tahniah!” – Ramai Puji Mufti Perlis Jemput Non-Muslim Berdialog Di Masjid
Alhamdulillah.
Cover image via Dr MAZA Channel (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berada di majlis ilmu adalah perkara yang digalakkan buat semua orang dari pelbagai agama
Kebiasaannya, bagi mereka yang beragama Islam, majlis ilmu kebanyakkannya dilakukan di masjid atau surau yang dihadirin muslimin dan muslimat.
Namun, baru-baru ini, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah mengadakan satu majlis dialog bersama masyarakat bukan Islam di Masjid Alwi, Kangar, Perlis yang ternyata mencuri tumpuan ramai.
Image via Dr MAZA Channel (Facebook)
Jemput orang non-muslim berbuka puasa sama dan berdialog
Menerusi perkongsian di Facebook Dr MAZA Channel, kelihatan beliau berkongsi sedang berada di sebuah majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Perlis.
Difahamkan, majlis ini diadakan bagi memberikan peluang kepada masyarakat bukan Islam untuk melihat sendiri suasana umat Islam beribadat serta berbuka puasa bersama.
Bukan itu sahaja, majlis dialog tersebut turut memberi peluang kepada mereka yang bukan Islam untuk memahami Islam dengan lebih dekat. Ia sekali gus dapat menjelaskan pertanyaan yang timbul dan toleransi antara agama.
Image via Dr MAZA Channel (Facebook)
Image via Dr MAZA Channel (Facebook)
"Alhamdulillah, penyertaan sangat baik. Seperti biasa banyak soalan yang mereka ingin tanya. Saya beritahu mereka, tanyalah sekalipun hal yang sensitif. Saya akan cuba jawab.
"Hasrat saya jika Allah makbulkan, setiap yang bukan muslim di Perlis pernah mendengar penerangan saya tentang Islam. Sama ada mereka setuju atau tidak, tidak menjadi masalah. Apa yang penting, mereka sudi dengar penerangan saya yang datang jantung yang tulus mengenai apa itu Islam," jelas beliau.
Tambah beliau, banyak perkara yang mesti dilakukan oleh seorang Mufti berkaitan dengan Umat Islam dan banyak juga tanggungjawab seorang Mufti berkaitan saudara sesama insan yang bukan Muslim.
Semoga lebih banyak lagi majlis ilmu macam ini 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


