Dianggap Mak Nyah, Akhirnya Nur Sajat Dedah Beliau Sebenarnya Dilahirkan Khunsa
Khunsa – Individu yang mempunyai dua organ jantina.
Cover image via Instagram @nursajat02Jika anda masih ingat, kecoh satu ketika dahulu apabila seorang Mak Nyah mengambil keputusan untuk memakai tudung setelah mengalami kemalangan jalan raya yang dikatakan cukup menginsafkan dirinya
Beliau dikenali sebagai Nur Sajat dan agak terkenal di laman sosial media Instagram. Bagaimanapun beliau hanya berpernampilan seperti itu dalam jangka masa yang pendek dan kembali pada imej lamanya yang seksi.
Nur Sajat kini memiliki syarikat perniagaannya sendiri yang mengeluarkan produk kosmetik dan kecantikan yang bernama **NUR SAJAT AESTHETIC SDN BHD.** Namun, baru-baru ini satu *post* beliau di laman [Instagram](https://www.instagram.com/nursajat02/) telah memeranjatkan ramai pihak apabila beliau memberitahu bahawa dirinya dilahirkan sebagai seorang khunsa.
Image via Instagram @nursajat02
Menurutnya, buat masa ini beliau memiliki dua orang anak angkat lelaki dan perempuan. Beliau sungguh bersyukur kerana dilimpahkan dengan rezeki yang banyak dari tuhan dan menyayangi anak-anak tersebut walaupun mereka bukanlah anak kandungnya.
Image via Instagram @nursajat02
Beliau dilahirkan pada tahun 1985 di sebuah hospital di Perak. Katanya, kelahirannya itu memberi kejutan kepada kakitangan hospital dan terutama kedua-dua ibu bapanya kerana beliau dilahirkan dengan dua jantina.
Image via Instagram @nursajat02
Nur Sajat dibesarkan dengan cara seorang lelaki, tetapi malangnya dia lebih menyukai kerja-kerja seorang perempuan. Pada fikirannya itu hanyalah perkara normal sehinggalah…
Image via Instagram @nursajat02
Image via Instagram @nursajat02
Disebabkan itu, beliau dikatakan telah mengalami kencing berdarah dan penyakit batu karang kerana sering menahan membuang air kecil
Image via Instagram @nursajat02
Setelah post itu dikongsi, ternyata ia mendapat begitu banyak respon daripada netizen. Ada yang memberi komen positif tetapi nampaknya lebih ramai yang mengecam. Antara komen yang diutarakan adalah seperti berikut:
1. Semoga terus tabah
Image via Instagram @nursajat02
Image via Instagram @nursajat02
2. Dulu cakap ambil pil hormon?
Image via Instagram @nursajat02
Image via Instagram @nursajat02
3. Betul ke khunsa?
Image via Instagram @nursajat02
Image via Instagram @nursajat02


