Lokasi Masjid Jauh, Pemilik Rumah Jadikan Kediaman Kosong Surau Sementara Sempena Ramadan – “Jiran Dari Syurga”

Semoga murah rezeki owner!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pemilik rumah benarkan kediamannnya yang masih kosong untuk dijadikan surau sementara sepanjang Ramadan akan datang

Sebuah hantaran yang tular di Threads oleh @faz.ayen mendedahkan salah seorang pemilik rumah di kawasan perumahan didiaminya sanggup membenarkan rumah dijadikan surau sementara untuk menyambut bulan Ramadan.

Menerusi laporan Harian Metro, taman perumahan itu terletak beralamat di Laman Sendayan Presint 1, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan

Lelaki yang berkongsi perkara itu di Threads, M Fazreen Abu Bakar mempunyai kira-kira 540 unit rumah itu baru sahaja siap dibina pada penghujung 2023 namun masih belum memiliki kemudahan surau untuk kegunaan penduduk setempat.

View on Threads

Memerlukan kenderaan untuk ke masjid terdekat

Menurutnya, masjid terdekat terletak kira-kira tiga kilometer daripada kawasan perumahan mereka dan memerlukan kenderaan dikeluarkan setiap kali ingin solat secara berjemaah.

"Sejak penubuhan persatuan penduduk pada 2024, pelbagai aktiviti kejiranan digerakkan bagi mengeratkan hubungan sesama penduduk termasuk penganjuran majlis berbuka puasa secara berkumpulan setiap tahun.

"Namun selepas dua tahun, kami sedar selepas berbuka puasa, kami perlu pulang ke rumah masing-masing untuk bersolat kerana tiada surau yang membolehkan kami solat berjemaah," katanya.

Situasi itu mendorong penduduk untuk berbincang mencari penyelesaian sementara susulan terdapat beberapa rumah di kawasan berkenaan masih kosong dan belum didiami pemiliknya.

"Daripada perbincangan itu, timbul idea untuk bertanya kepada pemilik rumah kosong sekiranya mereka sudi membenarkan kediaman dijadikan surau sepanjang Ramadan ini.

"Cadangan itu saya kemukakan menerusi kumpulan WhatsApp penduduk dan tanpa disangka, kurang 24 jam kemudian saya menerima maklum balas daripada seorang jiran yang bersetuju membenarkan rumahnya untuk dijadikan surau sementara.

"Malah, jiran terbabit turut berjanji memasang lampu dan kipas demi keselesaan jemaah sebelum Ramadan bermula," katanya.

SAYS.com

Kediaman yang dijadikan sebagai surau sementara.

Image via M Fazreen/Harian Metro

Pemilik belum berhasrat untuk berpindah masuk

Difahamkan, pemilik rumah terbabit yang enggan dikenali, mengambil keputusan itu kerana masih belum berhasrat untuk berpindah masuk di samping merasakan rumah itu lebih baik dimanfaatkan untuk tujuan ibadah nanti.

"Rumah yang ditawarkan itu adalah sebuah rumah teres dua tingkat lot hujung dengan keluasan kira-kira 2,000 kaki persegi, mampu menampung jumlah jemaah yang lebih ramai.

"Memandangkan rumah itu masih kosong dan tiada perabot, ruang bawah dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Penduduk juga akan bergotong-royong termasuk membersihkan, memasang permaidani dan peralatan asas untuk keselesaan jemaah, sebelum malam pertama Ramadan" kata Fazreen.

Jelasnya, surau sementara itu disifatkan amat bermakna bagi penduduk kerana ia akan memudahkan mereka untuk beribadah, khususnya membabitkan kanak-kanak dan warga emas yang sebelum ini sukar ke masjid disebabkan lokasi yang jauh.

"Sepanjang Ramadan ini, surau terbabit akan digunakan bagi solat Maghrib, Isyak dan Tarawih, selain terbuka untuk aktiviti lain seperti tadarus al-Quran sekiranya mendapat sambutan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: