LIMA 2025: Ini Antara 5 Jet Yang Paling Dinanti-Nantikan Oleh Pengunjung
Dapatkan tiket anda sekarang!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, LIMA Edisi ke-17 telah pun berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025 bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resorts World Langkawi
Untuk pengetahuan anda, Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) adalah sebuah acara unik yang menggabungkan elemen aeroangkasa dan maritim, keselamatan pertahanan, serta kepentingan sivil dan komersial. LIMA ini diadakan setiap dua tahun sekali bertempat di Pulau Langkawi, Malaysia.
Dengan tema "Inovasi Hari Ini, Kemajuan Masa Hadapan," LIMA 2025 merangkumi aspirasi untuk mencetuskan inovasi dan membawa perubahan yang relevan ke arah masa depan yang lebih progresif.
Malah, antara yang dinanti-nantikan pengunjung adalah pertunjukkan jet dari negara-negara terlibat sebagai salah satu acara 'highlight'.
1. Russian Knights dari Russia
Russian Knights ialah pasukan demonstrasi aerobatik rasmi Tentera Udara Rusia, mereka membuat persembahan dalam jet pejuang Sukhoi Su-30SM.
Mereka terkenal dengan persembahan mengagumkan, mempamerkan kepakaran penerbangan Rusia dan mempromosikan kerjasama antarabangsa,
Image via Dagang News
2. Jupiter dari Indonesia
Image via Fandom
Pasukan Aerobatik Jupiter ialah pasukan aerobatik tentera yang terdiri daripada pengajar penerbangan dari Tentera Udara Indonesia. Pasukan ini menerbangkan enam KAI KT-1B Woongbis dari armada latihan biasa tentera udara.
3. Sukhoi Su-30MKM dari Malaysia
Sukhoi Su-30MKM merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan tercanggih generasi ke-4.5, terbitan daripada pesawat Sukhoi Su-30MKI buatan Rusia, yang berada dalam pegangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Image via Harian Metro
4. F/A-18 Hornet dari Malaysia
Image via Popular Mechanics
Pesawat F/A-18E/F Super Hornet adalah sebuah pesawat yang berlainan, evolusi penambahbaikan pada pesawat F/A-18 Hornet telah direka untuk berganding dan diperanan untuk membantu pesawat F/A-18 Hornet dalam perkhidmatan Tentera Laut A.S.
5. Hawk 108 and 208 dari Malaysia
Image via Kosmo
Hawk 108 dan 208 ialah pesawat BAE Systems yang dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Hawk 108 digunakan sebagai jurulatih utama, manakala Hawk 208 adalah pesawat tempur ringan. TUDM telah menilai pilihan untuk menggantikan armada pesawat Hawk 108/208 yang sudah tua.
Difahamkan, Jepun dan Korea tak terlibat untuk LIMA kali ini. Tak apa mungkin nanti mereka join lagi ;D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 