Liga Perdana Inggeris Bakal Lancar Platform Penstriman Sendiri Khusus Buat ‘Kaki Bola’

Kaki EPL boleh check it out!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Liga Perdana Inggeris dijangka melancarkan platform penstriman sendiri terus kepada pengguna bermula musim 2026-27

Menerusi laporan Financial Times, Ketua Pegawai Eksekutif liga, Richard Masters, mengumumkan perkara itu ketika berucap pada Sidang Kemuncak FT Business of Football di London.

Platform yang dikenali sebagai Premier League + itu akan dibangunkan dengan kerjasama StarHub, rakan penyiar rasmi liga di Singapura.

Ketika ini, perlawanan Liga Perdana Inggeris disiarkan menerusi pelbagai platform melalui hak penyiaran pihak ketiga.

Namun, pelancaran ini berpotensi menjadi kali pertama liga berkenaan menawarkan perkhidmatan penstriman miliknya sendiri secara terus kepada pelanggan.

SAYS.com

Ketua Pegawai Eksekutif liga, Richard Masters.

Image via FT

Perjanjian sedia ada bersama penyiar seperti Sky Sports di United Kingdom masih menjadi tunjang utama

Bagaimanapun, Masters memaklumkan pemilikan platform sendiri memberi fleksibiliti strategik kepada liga untuk meneroka model sama di pasaran lain.

"Kami mahu melihat bagaimana model ini boleh diperluaskan ke seluruh dunia," tambah Masters.

Inisiatif dari Singapura ini adalah susulan langkah Liga Perdana Inggeris untuk membawa penerbitan medianya ke peringkat dalaman pada akhir 2024, menamatkan hubungan lebih dua dekad dengan agensi pemasaran sukan IMG, yang mengendalikan penerbitan untuk penyiar antarabangsa.

"Ia membolehkan kami melihat pelbagai cara untuk membangunkan kandungan dan audiens kami yang berbeza, Ia berpotensi menjadi pusat perniagaan yang tersendiri," ujar Masters mengenai penubuhan Studio Liga Perdana Inggeris.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: