Lifebuoy Perkenal Siri Skin Solutions Baharu, Mentakrif Semula Penjagaan Kulit Bermula Dari Ruang Mandi

Siri Skin Solutions ini diformulasi dengan Skin Peptide Booster dan 100% ekstrak berasaskan bahan semula jadi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Lifebuoy
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia, cuaca yang panas lembap dan pencemaran yang kian teruk menjejaskan keselesaan serta fungsi kulit kita

Sama ada menghabiskan masa di pejabat berhawa dingin atau menjalani tugasan harian di bawah terik matahari, kulit kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan persekitaran.

Oleh itu, ada yang berdepan kulit berminyak dan liang pori tersumbat; ada pula yang mengalami kulit kering atau sensitif akibat terlalu lama dalam persekitaran berhawa dingin. Malah, ramai juga
mengalami kesemua ini.

Walaupun gaya hidup kita berbeza, kita tetap berdepan cabaran sama: penghalang kulit kita sentiasa bekerja tanpa henti. Bagi kebanyakan orang, penjagaan kulit bermula dan berakhir di bilik mandi. Walaupun ia sering dianggap rutin biasa, ia sebenarnya mampu memperbaiki dan melindungi kulit.

SAYS.com

Pengarah Pemasaran & CSP, Kecantikan dan Penjagaan Diri, Unilever MYSG, Farhana Mohd Nasir.

Image via Lifebuoy

Justeru, Lifebuoy membawakan rangkaian Skin Solutions baharu, yang direka untuk menjadikan mandi harian saat penjagaan dan pemuliharaan kulit yang lebih bermakna. Ia bukan sekadar gel
mandian; tetapi juga membantu mengimbangi, melindungi dan menyihatkan kulit yang terdedah kepada tekanan harian.

"Kami tahu rakyat Malaysia kini lebih peka dan proaktif terhadap kesihatan kulit. Setiap hari, kita terdedah kepada pelbagai persekitaran dan gaya hidup.

"Jadi, rangkaian Lifebuoy Skin Solutions dicipta bagi menangani cabaran ini. Fokus kami kini melangkaui kebersihan dengan memberi tumpuan kepada kesihatan kulit. Dengan varian yang direka khusus mengikut keperluan kulit, rangkaian ini membantu rakyat Malaysia memiliki kulit yang kelihatan lebih sihat dalam hanya 7 hari,"
kata Pengarah Pemasaran & CSP, Kecantikan dan Penjagaan Diri, Unilever MYSG, Farhana Mohd Nasir.

Bukan sekadar kebersihan: Sains di sebalik kulit lebih sihat

SAYS.com
Image via Lifebuoy

Bagi menangani cabaran kulit zaman ini, Lifebuoy menambah baik formulasi gel mandiannya dengan memperkenalkan Skin Peptide Booster, ia terbukti secara dermatologi dapat membantu
mengukuhkan dan memulihkan penghalang kulit daripada penceroboh luaran.

Dirumus teliti bagi menyokong kulit dalam pelbagai situasi harian, ia dapat membantu mengekalkan kelembapan, menjadikan kulit kekal lembut, licin dan sihat lebih lama selepas mandi.

Rangkaian Lifebuoy Skin Solutions menyasarkan lima keperluan kulit utama iaitu kawalan sebum, penghidratan, keserian kulit, menenangkan kulit sensitif serta pembersihan mendalam. Setiap
varian diperkaya dengan 100% ekstrak berasaskan bahan semula jadi turut menawarkan pembersihan yang lembut namun berkesan, dengan tekstur lebih memanjakan dan haruman tahan lama.

Penyelesaian untuk setiap keperluan kulit

Setiap varian dirumus secara khusus untuk mengatasi keperluan kulit yang berbeza:

  • Charcoal & Mint – Mengawal minyak berlebihan dan mengurangkan sebum sehingga 8 jam; kulit terasa segar dan seimbang.
  • Sea Mineral & Salt – Membersih dan melembapkan serta-merta dalam hanya sekali penggunaan untuk kulit yang lebih segar dan terhidrat.
  • Lavender & Oatmeal – Menenangkan serta melembutkan kulit sensitif dengan penjagaan lembut setiap hari.
  • Shiso & Pink Clay – Mengembalikan seri kulit kusam dalam hanya 3 hari untuk penampilan yang lebih sihat dan berseri secara semula jadi.
SAYS.com
Image via Lifebuoy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: