‘Hahaha Baju Orang Gila Tu’ – Lepas Masuk TV, Arlina Banana Kena Kecam Lagi
Kami doakan semoga Arlina terus kuat! *biceps emoji*
Cover image via SAYSArlina Banana mungkin bukan lagi nama asing buat pengguna tegar media sosial terutamanya Twitter. Julai lalu, Arlina mencetus kontroversi apabila memberitahu hasratnya untuk membunuh diri akibat tertekan dengan cacian orang ramai mengenai fizikalnya yang gemuk.
Image via Twitter @arlinabanana
*Tweet* tersebut telah dibuat pada Julai lalu. Setelah itu, Arlina Banana merajuk dan tidak lagi kelihatan di Twitter. Ramai tertanya-tanya adakah beliau benar-benar mengambil jalan membunuh diri?
Namun akhirnya beliau kembali semula aktif di Twitterjaya pada awal November lalu. Dan memang ramai sudah menjangkakan come back beliau ini.
Beliau mula aktif di Twitter seperti biasa sehinggalah dua hari lalu beliau dijemput sebagai tetamu di dalam rancangan bual bicara terkenal, **Wanita Hari Ini (WHI)**. Beliau dipanggil untuk membincangkan topik **"Penyakit Gangguan Personaliti"** yang dihidapi beliau sendiri.
Tetapi…
Image via Twitter @afiqahazizy
Image via Twitter @afiqahazizy
Image via Twitter @afiqahazizy
Ya inilah yang terjadi. Beliau masih lagi menjadi bahan ketawa buat segelintir masyarakat kita.
Orang ramai mempertikaikan baju yang dipakai Arlina ketika itu. Kononnya beliau baru saja lari dari hospital. Haihh… itu pun boleh jadi point untuk bahan?
Image via Twitter @NiedaOthman
Setelah tweet itu tersebar di laman Twitter, rata-rata pengguna laman tersebut berasa marah dan terkesan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada Arlina
1. "Orang minda kelas bawahan"
Image via Twitter
2. "Pakai tudung tapi perangai haram jadah"
Image via Twitter
3. "Tunggulah nanti Allah tarik nikmat"
Image via Twitter
Bagaimanapun, Arlina kelihatan tenang. Beliau tidak mempedulikan cacian-cacian orang ramai kerana masih lagi ada manusia-manusia positif di belakangnya.
Kami doakan semoga Arlina terus kuat dan tidak menghiraukan kata-kata orang ramai. Semoga segalanya dipermudahkan hendaknya!
Image via www.pinterest.com


