Lepas Group ‘Masak Apa Tak Jadi’, Kini Turn ‘Suami Masak Apa Hari Ini’ Bikin Panas Di FB
Peringatan! Group ini hanya untuk para suami sahaja tau!
Cover image via Suami Masak Apa Hari Ini / FacebookPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu telah menyebabkan satu 'group' yang dikenali sebagai 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ini' ditubuhkan di Facebook
Image via Facebook
Pasti ramai yang sudah tahu bahawa di dalam group tersebut, pelbagai koleksi 'makanan tak jadi' boleh dikongsikan oleh netizen tanpa mengira jantina, kaum mahupun status.
Bahkan apa yang lebih hebatnya group tersebut, ia juga pernah mendapat perhatian dan disebut sendiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khasnya sebelum ini.
Tetapi kali ini, untuk makluman anda, terdapat sebuah lagi group baru telah ditubuhkan di Facebook yang dikenali sebagai 'Suami Masak Apa Hari Ini' (SMAHI)
Image via null
Yang menariknya, group ini hanya dikhaskan buat para suami untuk berkongsi resipi serta pelbagai jenis menu yang dimasak oleh mereka ketika di rumah.
Haaa… Jadi maknanya, para wanita dan isteri DILARANG sama sekali ye join group ni!
Bukan itu sahaja, admin group ini turut menetapkan syarat bahawa suami hanya boleh memuatnaik gambar ataupun video air tangan mereka sahaja dan bukannya hasil yang dimasak oleh isteri mahupun 'Pakcik Google'.
Amboi! Sampai macam tu sekali syaratnya. Haha! Tapi baguslah, boleh kita tengok betul-betul air tanya para suami ni kan. Mesti hebat!
Untuk makluman, meskipun baru sahaja ditubuhkan, group ini sudah memiliki lebih daripada 50 ribu members tau. Ini bermakna, pasti sudah ramai sang suami yang join group ni.
Jadi, apa kata kita tengok serba sikit hasil air tangan para suami yang telah dikongsikan dalam group ini
1. Sedapnya kerang sos thai!
Image via Suami Masak Apa Hari Ini / Facebook
2. Kata owner, ini adalah smoked banana! Siap pesan jangan kantoi dekat group sebelah tau. Group mana la tu agaknya ya?
Image via Suami Masak Apa Hari Ini / Facebook
3. Kata owner menu ni pula, ini adalah menu simple untuk bidadari syurganya. Alahai sweet betullah! Simple pun tak apa janji ikhlas kan. Yang penting effort tu ada.
Image via Suami Masak Apa Hari Ini / Facebook
4. Wow! Masak ketam telur masin lah. Sedapnya tengok!
Image via Suami Masak Apa Hari Ini / Facebook
5. Presentation yang ni lain macam je? Haha.. Tapi menu tu nampak menyelerakan.
Image via Suami Masak Apa Hari Ini / Facebook
6. Allahuakhbar! Awat jadi lagu ni? Macam seram je…
Image via Suami Masak Apa Hari Ini / Facebook
7. Terliurnya tengok sotong sumbat ni. Mesti sedap!
Image via Suami Masak Apa Hari Ini / Facebook
8. Rajin abang ni buat popia. Siap berlebai gitu. Bagus!
Image via Suami Masak Apa Hari Ini / Facebook
9. Hikmah tak ada bazar, sang suami pun dah pandai buat murtabak sendiri. Hehe.. Mesti sedap ni tengok padat je isi murtabak tu.
Image via Suami Masak Apa Hari Ini / Facebook
10. Ais krim ala-ala Nestle pun ada tau. Hebat betul para suami ni.
Image via Suami Masak Apa Hari Ini / Facebook
11. Mee ayam ala-ala dekat Jakarta hasil permintaan isteri owner menu ni. Bagusnya!
Image via Suami Masak Apa Hari Ini / Facebook

