Lepas 18 Tahun Kahwin Baru Dapat Bersanding, Ucapan Pengantin Lelaki Buat Ibu Bikin Sebak
Mata admin masuk habuk, hmm.
Cover image via @lhmediatv (Instagram)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa sangka, setelah 18 tahun mendirikan rumah tangga akhirnya impian untuk bersanding seperti pengantin baharu tercapai juga
Tular sebuah video di media sosial memaparkan pemilik jenama pakaian terkenal iaitu Qiszar telah mengundang sebak ramai ketika memberikan ucapan penghargaan buat ibunya baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsi oleh @lhmediatv di Instagram, pasangan yang dikenali sebagai Hafifi Tarmizi dan Norasila Sail itu bersyukur kerana angan-angan mereka untuk membuat majlis persandingan kini terlaksana.
Difahamkan, mereka berdua mendirikan rumah tangga selepas tamat persekolahan dan tahun ini genap 18 tahun usia perkahwinan mereka.
Image via @lhmediatv (Instagram)
Tak dapat tahan sebak masa beri ucapan untuk ibu, netizen turut menangis melihat video tersebut
Apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah apabila pengantin lelaki memberikan ucapan penghargaan untuk ibunya yang berada di meja makan ketika itu.
"Mak ingat tak dulu masa saya nakal dulu? Tiga empat hari tak balik, masa tu baru habis SPM. Result pun tak ambil. So kita pergilah ambil dekat sekolah.
"Bila pergi ambil tu, kita nampak seorang ibu cakap selama mak lahirkan kau, mak kerja kilang, ini yang kau bagi dekat mak? Result saya 9G. Saya cuba mak, Tapi rahsia Tuhan, Allah aturkan yang sebaiknya," katanya.
Lebih membuatkan ramai sedih adalah apabila ibunya juga menitiskan air mata semasa mendengar ucapan bermakna itu.
Image via @lhmediatv (Instagram)
Image via @lhmediatv (Instagram)
Antara komen netizen di Instagram:
Image via @lhmediatv (Instagram)
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


