Lelaki Warga Taiwan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Landasan LRT Di Puchong

Difahamkan, Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada jam 5.54 petang semalam.

Cover ImageCover image via Facebook

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki warga Taiwan maut dipercayai akibat terjatuh di landasan Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen LRT Pusat Bandar Puchong, Puchong semalam

Menurut kenyataan Rapid KL di Facebook, Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada jam 5.54 petang semalam dan pasukan yang terlibat dalam operasi menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan perubatan dari Hospital Serdang.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Image via Berita Harian

Pihak Rapid Rail akan pastikan bantuan sewajarnya diberikan kepada waris mangsa

Sementara itu, pihak Rapid Rail akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan lanjut serta berhubung dengan pihak kedutaan untuk memastikan bantuan sewajarnya disalurkan kepada waris mangsa.

"Perkhidmatan tren di Stesen Bandar Puteri, Taman Perindustrian Puchong, Pusat Bandar Puchong dan IOI Puchong Jaya telah kembali beroperasi seperti biasa pada jam 8.52 malam. Berikutan itu, perkhidmatan tren alternatif serta bas perantara yang disediakan sepanjang tempoh gangguan telah ditamatkan.

"Rapid Rail memohon maaf atas segala kesulitan dan kelewatan perjalanan yang dialami para penumpang susulan insiden ini. Kami amat menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang tempoh kecemasan ini.

"Rapid Rail kekal komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pengguna sentiasa menjadi keutamaan," kata kenyataan itu.

Image via Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: