Lelaki Warga Nepal Dikenakan Denda RM40,000 Atas Kesalahan Liwat Kucing Di Selangor

Suspek telah mengaku bersalah meliwat seekor kucing pada bulan lepas.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Norzamira Che Noh & Halodoc
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki warga Nepal yang sebelum ini disiasat atas kesalahan meliwat seekor kucing dikenakan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini

Menerusi laporan Harian Metro, Hakim Nor Hasniah Ab Razak menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Arman Shah, 33, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mendera seekor kucing.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh di penjara 15 bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.

Bekas pengawal keselamatan yang masih bujang itu dituduh mendera dengan kejam seekor kucing di tingkat empat sebuah blok pangsapuri di Kota Kemuning, Seksyen 31 pada 12.30 tengah malam 15 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang sabit kesalahan boleh penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

SAYS.com
Image via Norzamira Che Noh

Seorang wanita baru tiba di kawasan kejadian jadi saksi

Berdasarkan fakta kes, seorang wanita yang baru tiba di kawasan parkir dan berada dalam kereta melihat tertuduh memegang seekor kucing dan membuka seluar sebelum melakukan perbuatan itu.

Pengadu meminta suaminya menegur perbuatan tertuduh dan ketika sampai di atas, suami pengadu turut melihat tertuduh dalam keadaan bogel.

Selepas ditegur, tertuduh memakai semula seluar dan mencampak kucing itu jatuh ke bawah sebelum masuk ke rumah sewanya.

Pengadu dalam kereta sempat merakam video berdurasi 48 saat yang memaparkan tertuduh memegang dan mencampak haiwan itu.

Arman yang tidak diwakili peguam merayu denda dikurangkan dengan alasan ibunya sakit dan mahu pulang ke Nepal.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofea Jaysal menegaskan kelakuan tertuduh adalah keterlaluan, kejam dan tidak sepatutnya dinormalisasikan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Hops

Suspek kini sedang menjalani penjara empat bulan

Menurut Nurul Sofea Jaysal, kes berkenaan juga mendapat perhatian umum sehingga menimbulkan kemarahan dan kegusaran orang awam.

"Mohon hukuman berat sebagai pengajaran bukan hanya kepada tertuduh, malah orang awam," katanya.

Arman kini juga sedang menjalani penjara empat bulan atas kesalahan berpakaian separuh bogel dan memasuki negara tanpa dokumen sah.

Media sebelum ini melaporkan tindakan tidak berperikemanusiaan seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang meliwat seekor kucing ketika mabuk.

Suspek kemudiannya mencampak kucing itu dari tingkat empat sebuah pangsapuri ketika ditegur seorang lelaki.

Hasil siasatan mendapati suspek yang masih bujang itu sudah dua bulan bekerja di pangsapuri berkenaan namun didapati tidak mempunyai permit kerja dan direman 14 hari mengikut Akta Imigresen.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: