[VIDEO] Wanita Cuba Membunuh Diri Dengan Meletupkan Kenderaannya Di Bangsar South
Wanita ini dipercayai ingin membunuh diri pada masa yang sama meletupkan Wisma Averis di Bangsar South.
Cover image via Facebook Siakap KeliBaru sahaja berlaku petang tadi di Wisma Averis di Bangsar South, seorang wanita didakwa dalam cubaan membunuh diri dan meletupkan bangunan tersebut menggunakan kereta Perodua Viva
Image via www.facebook.com
Pada mulanya, terlihat dua individu datang ke kereta tersebut, barangkali untuk memeriksa sama ada pemandu di dalam tercedera atau tidak
Image via Facebook Siakap Keli
Beberapa saat kemudian, kedengaran jeritan marah "Fk lah weh!" lalu pemandu itu menghempaskan pintu dan kekal di dalam kereta
Image via Facebook Siakap Keli
Tidak pasti apa yang mereka bincangkan, tetapi nampaknya perbalahan berterusan dan pemandu itu masih berdegil untuk keluar dari kereta…
Image via Facebook Siakap Keli
…sehingga memaksa seorang lagi individu untuk menghidupkan pemadam api kerana kereta tersebut dipercayai mempunyai bahan letupan.
Image via Facebook Siakap Keli
Kemudian, bahagian belakang Viva tersebut tiba-tiba meletup
Image via Facebook Siakap Keli
Saksikan video penuh berdurasi 2 minit 58 saat DI SINI:
Menurut sumber dari netizen, wanita itu benar-benar ingin membunuh diri dan meletupkan bangunan tersebut pada masa yang sama. Motif perbuatannya masih tidak diketahui.
Image via Facebook Siakap Keli
The Rakyat Post melaporkan wanita terbabit pernah bekerja di wisma tersebut tetapi diberhentikan kerja. Adakah kelakuan ini berunsur dendam?
Image via www.therakyatpost.com
MOST READ

