Lelaki Minta Edit Gambar Bersama Arwah Isteri, Tapi Kisah Di Sebaliknya Buat Ramai Sebak
Menurut lelaki tersebut, isterinya sudah tiga tahun meninggal dunia.
Cover image via FacebookFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Daripada hanya niat untuk melepaskan rindu terhadap isteri, kisah seorang suami ini telah buat ramai menitiskan air mata
Menerusi sebuah perkongsian Alif Tsi di sebuah kumpulan Facebook, Edit Apa Hari Ini, permintaannya untuk mendapatkan gambarnya bersama anak disunting bersama arwah isteri mengundang sebak.
Apa yang mendapat perhatian adalah apabila dia berkongsi kisah di sebalik pemergian isteri ketika menjawab soalan seorang netizen.
"Minta jasa baik pakar IT dan pakar ekonomi untuk edit gambar bagi jadi satu, wife dah meninggal waktu anak umur setahun, nak buat kenangan untuk tunjuk dekat anak, jasa baik anda amat dihargai.
"Waktu arwah meninggal depa berdua di rumah, saya kerja, 6 jam anak umur setahun duduk dengan arwah yang dah meninggal, anak tak menangis langsung jiran-jiran cakap, saya buka pintu anak duk menyusu badan arwah yang dah meninggal," kongsinya.

Memberitahu arwah isteri telah menghidap kanser limpa tahap empat
Menerusi tinjauan di bahagian komen, lelaki itu turut berkongsi arwah isterinya telah menghidap kanser limpa tahap empat menjadi faktor kematian.
Ada juga netizen turut berkongsi kisah masing-masing yang turut kehilangan isteri semasa anak masih kecil.
"Sama bang wife dah meninggal masa anak kecil lagi, saya tahun ni tahun ke-7, jujurlah sebelum ni hampir juga kahwin lain tapi kenangkan nasib anak tak jadilah," tulis seorang pengguna Facebook.
Komen tersebut mendapat balasan daripada seorang pengguna lain yang terus memberi mereka kata-kata semangat walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.
"You are literally a stranger. But you both owned my respect, good to see people so much in love, keep going," tulisnya.
Lihat antara komen lain di bawah:



Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



