Lelaki Meninggal Dunia Sebab Sembelit Kronik, Lepas Sebulan Tak Buang Air Besar
Difahamkan, si mati telah mengambil ubat yang menyebabkan kesan sampingan teruk pada sistem pencernaannya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki meninggal dunia akibat sembelit teruk dengan 8.9 kilogram najis tersangkut dalam usus selepas sebulan tidak membuang air besar
Menerusi laporan Mirror UK, keluarga James Stewart, 41, memfailkan saman kematian salah terhadap rumah berkumpulan Clear Skies Ahead di Bazetta Township, Ohio, mendakwa kematian itu sepatutnya boleh dielakkan.
Saman itu menyatakan kakitangan rumah terbabit mengabaikan tanda amaran seperti perut buncit, mengabaikan aduan James mengenai sembelit walaupun menyedari dia tidak sihat dan berkelakuan luar biasa sebelum kematiannya pada 15 November 2024.
Tinggal di rumah berkumpulan itu kerana memerlukan pengawasan dan bantuan harian, James didakwa tidak membuang air besar selama beberapa minggu hingga sampai sebulan sebelum meninggal dunia.
Si mati turut difahamkan mempunyai kecacatan intelek dan perkembangan serta sejarah sembelit yang diketahui oleh kakitangan.

James digambarkan alami kemurungan dan kurang bertenaga
Menurut saman yang dikeluarkan, James juga digambarkan seakan telah berputus asa, kurang bertenaga dan mengadu sakit dengan perut buncit serta lebam pada abdomen.
Peguam keluarga, Matt Mooney mendakwa kakitangan rumah berkenaan mengetahui keadaan James tetapi gagal memerhatikannya.
"Mereka sepatutnya memerhatikannya dengan teliti untuk memastikan sama ada James membuang air besar tetapi mereka langsung tidak melakukannya," katanya.
Pada 15 November, seorang kakitangan memberitahu James untuk duduk di tandas tetapi dia tidak dapat membuang air besar.
James kemudian ditemui rebah di biliknya dan dibawa ke hospital berhampiran, di mana dia disahkan meninggal dunia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 