Lelaki Menang Kes Saman Hospital & Terima Pampasan RM7.4 Juta Selepas Cacat Anggota Badan

Antara Mac hingga November 2019, anggota badan lelaki itu dipotong mengakibatkan kecacatan teruk.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Free Malaysia Today
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan RM7.4 juta diberikan kepada seorang lelaki sebagai ganti rugi dalam saman kecuaian perubatan yang difailkan terhadap sebuah hospital kerajaan dan doktor-doktornya

Menerusi laporan Free Malaysia Today, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.4 juta diberikan kepada K Vimal Raj, 22, untuk pembelian satu lengan robotik dan dua kaki robotik.

Hakim turut memutuskan RM213,000 diberikan untuk kesakitan dan penderitaan yang dialami akibat beberapa pemotongan anggota badan, RM180,000 untuk penjagaan di rumah dan RM20,000 lagi sebagai ganti rugi teruk.

Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan kerugian pendapatan oleh bapa Vimal, J Krishnasamy. "Tiada keterangan dokumentari dikemukakan untuk membuktikan kesnya," kata Hakim Su Tiang Joo dalam penghakimannya.

Ganti rugi itu menyusuli penilaian ganti rugi selepas kerajaan mengakui liabiliti. Prosiding penilaian ganti rugi menyaksikan pihak plaintif iaitu Vimal dan Krishnasamy mengemukakan 11 saksi pakar berbanding empat saksi oleh pihak kerajaan. Pihak plaintif juga diberikan RM200,000 untuk kos guaman.

Brijnandan Singh Bhar, Harwindar Kaur, Dhanesh Subramaniam Nair, Nathasha Bhar, Jasween Kaur, Keshvinder Kaur, dan R Vinushini mewakili pihak plaintif selaku peguam manakala peguam persekutuan, Siti Asmath Che Man, mewakili kerajaan.

SAYS.com

K Vimal Raj (duduk di kerusi roda), bapanya J Krishnasamy (empat dari kiri), bersama peguam mereka selepas keputusan hari ini.

Image via FMT

Saman difailkan semasa Vimal masih di bawah umur

Krishnasamy memfailkan saman pada 2020 semasa Vimal masih di bawah umur dengan menamakan Kementerian Kesihatan, Hospital Ampang, tiga doktor dan kerajaan sebagai defendan.

Vimal dimasukkan sebagai plaintif selepas sebaik dia mencapai usia 18 tahun. Tuntutan terhadap hospital dan doktor ditarik balik selepas kerajaan menerima liabiliti vikarius.

Menurut penyataan tuntutan, Vimal menjadi cacat kekal pada 2019 berikutan beberapa pembedahan yang mengakibatkan pemotongan tangan kiri di bawah siku, kaki kanan di bawah lutut, serta tumit dan jari kaki kiri.

Krishnasamy, 51, bekas pemandu lori, berkata dia terpaksa meletak jawatan untuk menjaga Vimal. Isterinya, seorang pengawal keselamatan, kemudian menjadi punca pendapatan tunggal keluarga.

Menurut penyataan tuntutan, Vimal meruapakan seorang kanak-kanak normal tanpa sebarang penyakit kritikal atau isu genetik, kecuali tindak balas alahan di kawasan kemaluan.

SAYS.com

Keadaan Vimal Raj selepas beberapa pembedahan dilakukan keatasnya.

Image via FMT

Didiagnosis penyakit yang boleh di rawat pada awalnya sebelum rebah di rumah

Pada 15 Januari 2019, Vimal dimasukkan ke Hospital Ampang. Dia pada mulanya didiagnosis hanya mengalami 'balanitis', dikatakan sebagai keadaan yang boleh dirawat, kemudiannya dibenarkan keluar hanya dua hari selepas itu walaupun tidak pulih sepenuhnya.

Vimal hilang kesedaran di rumah lalu segera dibawa ke jabatan kecemasan hospital untuk rawatan perubatan segera. Pada 23 Januari, Vimal jatuh koma dan ditempatkan di unit rawatan rapi.

Salah seorang kakitangan perubatan yang merawatnya kemudian mengarahkan Krishnasamy menandatangani suatu borang kebenaran kosong, tanpa menjelaskan risiko serta jenis rawatan atau ubat yang akan diberikan kepada anaknya.

Keesokan harinya, bapa itu menyedari jari kaki dan tangan Vimal menjadi hitam dan bengkak. Krishnasamy berkata kakitangan perubatan hospital tidak memberikan sebarang maklumat mengenai keadaan anaknya yang semakin merosot.

Antara Mac hingga November 2019, anggota badan anak lelakinya itu dipotong, menyebabkan kecacatan teruk.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: