Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 3 Gelanggang Rooftop Ketika Bermain Pickleball

Jaga-jaga kalau nak lakukan aktiviti atas rooftop.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan di Pudu, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, ketika cuba mengambil bola pickleball

Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata sebelum kejadian, mangsa yang berusia 32 tahun sedang bermain pickleball bersama beberapa rakan di tingkat 3 bangunan terbabit.

"Mangsa telah memanjat pagar sebelah gelanggang untuk mengambil bola sebelum terjatuh.

"Polis menerima laporan kejadian itu pada jam 9.43 malam dan kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan semalam.

SAYS.com

Mangsa memanjat pagar sebelah gelanggang untuk mengambil bola sebelum terjatuh.

Image via Threads

Pihak premis gelanggang mohon orang ramai untuk tidak menyebarkan spekulasi

Dalam sebuah hantaran oleh pihak gelanggang pickleball tersebut melalui Instagram Story, PLAYA Racquet Club memohon orang ramai tidak menyebarkan spekulasi di samping menghormati si mati.

"Kami amat berdukacita atas kejadian tragis yang berlaku di fasiliti TREC kami, yang mengakibatkan kehilangan seorang nyawa.

"Pada masa ini, kami memohon pemahaman dan belas kasihan serta menghormati privasi keluarga dan orang tersayang yang terjejas.

"Kami dengan hormatnya menggesa orang ramai untuk tidak membuat spekulasi sementara pihak berkuasa yang berkenaan menjalankan siasatan mereka. Doa kami bersama keluarga mangsa yang sedang lalui tempoh sukar ketika ini," tulis akaun itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: