Lelaki Malaysia Berdepan Denda RM370,000 Lepas Didakwa Tawar Rasuah S$50 Pada Polis Singapura

Clever-clever squirrel jump.

Enlarge text
Cover ImageCover image via CPIB & Obrien Solicitors
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki warga Malaysia telah didakwa di mahkamah Singapura atas kesalahan menawarkan rasuah kepada seorang anggota polis trafik di negara itu

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Biro Siasatan Rasuah Singapura (CPIB), tertuduh, Lee Keh Meng, 44, didakwa menawarkan S$50 (kira-kira RM185) pada 23 Oktober sebagai sogokan supaya kes melibatkan perkhidmatan teksi rentas sempadan tanpa kebenaran tidak dilaporkan.

Tawaran rasuah itu ditolak dan perkara itu kemudiannya dirujuk kepada organisasi terbabit oleh Pasukan Polis Singapura.

"Lee menawarkan rasuah sebanyak S$50 kepada Sarjan Ahmad Hafiz Bin Abdul Sukur sebagai dorongan untuk tidak melaporkan kes teksi tanpa kebenaran itu.

"Singapura mengamalkan pendekatan toleransi sifar yang ketat terhadap rasuah. Mana-mana individu yang disabitkan dengan kesalahan rasuah di bawah Seksyen 6 Akta Pencegahan Rasuah boleh didenda sehingga S$100,000 (sekitar RM370,000), dijatuhkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali," menurut kenyataan itu.

SAYS.com
Image via ST

Pengadu boleh membuat laporan tanpa dedah identiti

CPIB menambah bahawa pihak mereka menyiasat semua aduan dan laporan berkaitan rasuah termasuk daripada individu yang tidak dikenali. Mereka boleh dihubungi melalui e-Aduan, e-mel di [email protected], telefon di 1800-376-0000 atau melalui pos di Ibu Pejabat CPIB, 2 Lengkok Bahru, Singapura 159047.

CPIB menasihatkan bahawa laporan sebaiknya merangkumi butiran seperti lokasi, masa, bagaimana perbuatan yang didakwa berlaku, pihak yang terlibat dan peranan mereka serta maklumat tentang sebarang rasuah atau pertolongan yang ditawarkan.

"Identiti pengadu akan dirahsiakan, kecuali apabila mahkamah mendapati kenyataan palsu telah dibuat.

"Individu juga boleh memilih untuk melaporkan secara tanpa mendedahkan identiti," tambah kenyataan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: