Lelaki Libas Gadis Dengan Objek Tajam Kena Reman Polis 7 Hari

Mangsa merupakan remaja perempuan yang bekerja sepagai operator di sebuah kilang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lelaki yang mencederakan seorang remaja perempuan di Jalan Tangga Batu berhadapan Taman Tangga Batu Seksyen 1, Tanjung Kling, Melaka semalam direman tujuh hari bagi membantu siasatan

Menerusi laporan Harian Metro, perintah reman dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman bermula hari ini, 21 Oktober hingga 27 Oktober depan selepas dipohon pegawai penyiasat bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Lelaki berusia 25 tahun itu dibawa dengan memakai pakaian lokap ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh sekitar jam 9 pagi sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret 2.

Suspek sebelum itu ditahan di sebuah rumah berdekatan tempat kejadian oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah sekitar jam 10.30 malam tadi.

Beberapa barangan milik suspek turut dirampas polis termasuk sebuah motosikal dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.45 petang, mangsa berusia 19 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Batu 9 Tangga Batu dengan membonceng motosikal yang ditunggang oleh kakak iparnya dan kedua-duanya bekerja di kilang sama.

SAYS.com
Image via Meor Riduwan Meor Ahmad

Mangsa mengalami kecederaan dan luka berdarah di bahagian pinggang

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata ketika dalam perjalanan, kakak ipar mangsa tidak menyedari mana-mana individu mengekori mereka.

"Namun, mangsa secara tiba-tiba memberitahu sakit di bahagian belakang dan meminta untuk berhenti di tepi jalan.

"Ketika itulah kakak ipar mangsa melihat sebuah motosikal jenis Yamaha LC V8 berwarna biru gelap yang ditunggang lelaki tidak dikenali, juga memakai jaket warna gelap serta topi keledar biru memecut laju selepas kejadian berlaku," katanya.

Mangsa kemudian dibantu orang awam dan dihantar ke Hospital Melaka dengan ambulans, serta dilaporkan stabil.

"Doktor memaklumkan mangsa mengalami luka pada belakang pinggang sepanjang tujuh sentimeter dan lebar tiga sentimeter," katanya.

Pakar perubatan turut memaklumkan kecederaan mangsa tidak seperti luka tikaman, sebaliknya dilibas objek yang tajam, selain berdasarkan koyakan pada baju mangsa yang panjang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: