Lelaki Kongsi Terima Tip Dari Customer, Tapi Tak Sangka Ada Kisah Sedih Di Sebaliknya

Berkaca terus mata bila baca.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pemandu E-hailing tidak menyangka perjalanannya menghantar customer ke hospital berakhir dengan sebuah kisah yang menyayat hati

Menerusi perkongsian di laman Threads, lelaki tersebut pada awalnya berkongsi dia menerima sekeping duit RM20 sebagai tip daripada pelanggannya.

Namun, apa yang membuatkan ramai sebak rupa-rupanya di sebalik wang kertas itu, ada cerita sedih.

"Alhamdulillah, dapat tip tadi hantar customer ke Hospital Ampang. Tapi… Ini adalah tip yang paling sedih," tulisnya.

SAYS.com
Image via Threads

Minta ambil secepat yang mungkin sebab nak tengok ayah kritikal di hospital

"I've try my best untuk pickup customer ni & gunakan segala jalan pintas cilok mencilok dari De Palma ke Hospital Ampang.

"Sepanjang perjalanan mata berkaca-kaca mengharapkan aku sempat hantar dia ke hospital. 3 minutes sebelum sampai hospital, terdengar tangisan customer ni makin kuat. Salam takziah sis… Al-Fatihah,"
tulisnya lagi.

Tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut bersedih dan simpati dengan nasib individu tersebut yang tidak sempat melihat ayahnya buat kali terakhir.

Ada juga yang berkongsi kisah sama semasa mereka kehilangan keluarga tersayang.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: