Lelaki Kongsi Temui Wiring Berbahaya Di Hotel Ketika Buka Water Heater – “Boleh Mati Kena Renjatan”

Terima kasih bang share benda ni!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @teratakcikgu (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki dedah hampir menjadi mangsa maut terkena renjatan elektrik selepas mendapati wiring sebuah hotel yang diinapnya adalah berbahaya

Menerusi sebuah video perkongsian @teratakcikgu di TikTok, lelaki tersebut yang juga seorang guru mendapati perkara itu semasa membuka suis water heater sebelum dia hendak mandi.

"Tengok wiring water heater dia sangatlah teruk, dia looping daripada lampu ni, saya on, tadi saya cuba nak mandi, apa yang saya perasan bila saya buka air.

"Tengok apa jadi dekat lampu, berkelip, bahaya gila. Ini looping, suis water heater looping dengan lampu, tak boleh, bahaya, boleh mati renjatan ni.

"Tengok finishing macam mana wiring, macam ni terbuka je, macam mana ST boleh lulus ni, ni kalau report ni kena ni, ini tak tahu 4mm ke 2.5 ni, bahaya ni sangat-sangat bahaya, tak boleh pakai ni," katanya.

SAYS.com
Image via TikTokImage via

Tunjuk keadaan Distribution Board (DB) yang daif

Tidak cukup dengan keadaan wiring yang berbahaya itu, lelaki itu turut menunjukkan DB bilik hotel terbabit yang dilihat agak daif dan tidak sesuai digunakan.

"Macam ni dia buat, tu hah terbuka macam tu je, saya tak tahulah macam mana, kalau tengok wiring dalaman tu tak tahulah.

"Ini pun tak selamat ni, ini 0.1A sangat-sangat tak selamat, untuk water heater mana soketnya saya tak tahu dia pakai mana, untuk water heater tak boleh pakai langsung yang ini, orang mandi mati dulu baru trip, bahaya.

"Hati-hati mandi air panas di hotel. Check dulu keselamatan, sayangi nyawa anda dan keluarga. Sekian pengalaman peribadi, " ujarnya.

Lihat video penuh di bawah:

@teratakcikgu

Hati-hati mandi air panas di Hotel. Cek dulu keselamatan, sayangi nyawa anda dan keluarga. Sekian pengalaman peribadi

♬ original sound – Teratak Cikgu – Teratak Cikgu

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: