Lelaki Kongsi Suasana Pagi Hantar Anak Sekolah Di Cameron Highlands, Suhu Cecah 14 Celcius

Bestnya, macam vibes sekolah dekat overseas.

Cover ImageCover image via @ciknot.ch (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki berkongsi video suasana ketika menghantar anaknya ke sekolah di Cameron Highlands telah mendapat perhatian warganet baru-baru ini

Menerusi video berdurasi 1 minit 21 saat yang dimuat naik oleh @ciknot.ch, dia merakam suasana sekitar pukul 6.45 pagi. Difahamkan, sekolah anaknya terletak di Kea Farm.

"Setiap pagi, kami disambut dengan kabus dalam perjalanan hantar anak pi sekolah. Biasanya, suasana dekat sini waktu pagi suhu dia dalam 16 ke 17 darjah celcius. 

"Tapi kalau waktu hujan berpanjangan boleh cecah sampai 15 atau 14 darjah celcius. Anak-anak kat sini pergi sekolah akan pakai baju sejuk lah. Bagi mereka yang tak tahan sejuk digalakkan memakai sarung tangan juga," katanya.

Dalam setahun, 360 hari memang confirm akan berkabus waktu Subuh

"Pekerja yang buat kerja pembersihan tu pun tak tahan sejuk, jadi mereka pakai baju sejuk satu set dengan seluar. 

"Setakat ni 365 hari, 360 hari setiap pagi memang akan berkabus waktu Subuh. Jadi sesiapa yang ada hajat nak pindah ke Cameron Highlands, boleh lah tengok ni dan tag suami atau isteri anda. 

"Jadi, dapat prepare dulu mental dan fizikal sebelum mai pindah Cameron Highlands," katanya lagi.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: