Lelaki Kongsi Pengalaman Solat Di Surau Didakwa Milik Komuniti Syiah – “Asalnya Niat Nak Maghrib”
Difahamkan, ketika kejadian lelaki dari Malaysia itu berada di Singapura.
Cover image via @NazmiHanafiah (X)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Niat nak tunaikan solat sahaja tapi bertukar menjadi pengalaman yang tidak boleh dilupakan
Itu yang dialami seorang lelaki dari Malaysia apabila dia termasuk ke dalam pusat ibadah yang didakwa milik komuniti Syiah ketika mahu berhenti menunaikan solat Maghrib.
Menerusi hantaran @NazmiHanafiah di X, dia berkongsi pengalaman singgah ke sebuah ibadah Ahlulbayt Educational & Cultural Centre di Geylang, Singapura.
"Great great experience. Tapi takkan repeat. Harap kiblat betul la. Aku taktau depa wuduk macam mana sebab aku kena masuk tandas. Paip basuh kaki dekat jamban, yang lain dekat sinki.
"Dah depan pintu baru tau, kalau gerak terlepas maghrib hmm. Aku maghrib sorang-sorang. Diorang 7.50 maghrib dan isyak jamak. Saf perempuan cuma di belakang lelaki takda penghadang macam kita.
"Masa depa nak start jemaah aku dah gerak. Mamat yang berdiri tu macam tengah monitor. Risau jugak takleh kot takleh balik," kongsinya.

Dikatakan dikawal selia oleh "Pak Arab"
Menerusi tinjauan di bahagian komen, dia turut mendedahkan tempat tersebut diawasi oleh 'Pak Arab' di mana Imam yang mengimamkan solat dan seorang lelaki yang dilihat mengawasi jemaah dikatakan berbangsa Arab.
"Imam dengan belakang dia pak Arab, yang monitor pak Arab, tandas aku ambil wuduk dekat kitchen, ha yang kat kitchen tu maybe Pakistan.
"Yang saf tepi-tepi dengan muslimah pakcik-makcik Melayu totok. Ada teksi parking kat luar boleh assume golongan rentan la rata rata.
"Sujud depa ada batu, geng makcik tu duduk kerusi tapi dia sambung saf belakang ja. Jauh dari situ baru ada penghadang dan sorang ja pompuan. Yang lain memang sambung saf belakang," dedahnya.
Tidak menyangka dapat temui sebuah lagi tempat yang didakwa milik komuniti Syiah
Menurutnya lagi, dia sememangnya cakna terhadap ada sebuah masjid dikatakan milik komuniti Syiah di Singapura namun tidak menyangka terdapat sebuah lagi tempat yang serupa iaitu lokasi yang dikunjunginya itu.
"Saya ingatkan cuma Masjid Burhani satu-satunya masjid Syiah di Singapura, salah cara sangka baik.
"Serius taktau, sebab yang famous yang ni. Taktau ada cabang lain," katanya.
Lihat perkongsian penuh di bawah:
Great great experience. Tapi takkan repeat. Harap kiblat betul la https://t.co/Ms4FyR5S5J pic.twitter.com/1XpVh5GR2j
— Nazmi ➐ᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠᅠ (@NazmiHanafiah) July 31, 2025
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



