Lelaki Kongsi Pengalaman Buruk Ketika Beli iPhone, Staf Kedai Tuduh Dirinya Tidak Bekerja

Buat kasi bad review je kedai tu nanti.

Enlarge text
Cover ImageCover image via X & Reuters
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sering mendengar kisah layanan buruk ketika hendak membeli iPhone, seorang lelaki berkongsi dirinya pula merasai pengalaman tersebut

Menerusi sebuah video tular di X, seorang lelaki berkongsi bagaimana dia merasai sendiri pengalaman buruk mendapat layanan yang tidak diharapkannya ketika hendak membeli iPhone.

"Aku datang lebih kurang masa opening hours pukul 10 macam tu, lepastu ada seorang lelaki datang dekat aku tengok je, lepastu aku cakaplah, iPhone 16 256gb black ada tak, lepastu dia kata haa jap, dia tak senyum sumpah aku cakap memang rude sangat-sangat rude.

"Beberapa minit dia keluar balik dari belakang dia cakap ada, masa dekat kaunter aku tanya dia charging brick boleh dapat sekali betul ke, lepastu dia pandang aku dia jawab ha.

"Aku tak tahu apa masalah this guy, aku check dekat Google review dan orang beritahu memang dia teruklah this guy, tak tahu apa masalah dia," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Reuters

Staf selamba tuduh pelanggannya tidak bekerja ketika hendak buat bayaran

Disebabkan beberapa isu melibatkan transaksi yang tak dapat dilakukan menggunakan akaun banknya, lelaki terbabit dapat bantuan untuk menggunakan kad bapanya terlebih dahulu semasa membayar.

"Aku ambil kad bapa aku, pergi dekat kaunter bagi dekat dia lepastu dia minta pin, aku panggil bapa aku sebab aku tak tahu pin dia.

"Lepastu that guy, time dah bayar tu dia cakap dekat aku tak kerja eh? Boleh dia cakap macamtu weh, aku memang terasa hati gila, kalau aku tak buat payment lagi time tu memang aku dah beli dekat tempat lain.

"Aku bawa aku punya DJI time tu, dia cakap kat aku dekat sini tak boleh rekod tahu tak, memang dia punya tu memang rude gila-gila.

"Selalu aku baca orang cakap orang yang sales ni selalu tengok pemakaian orang, today baru aku rasa sebab aku datang biasa-biasa," katanya.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: