Lelaki Kongsi Ada Lubang Tembus Dari Bilik Sebelah Ditemui Di Belakang Cermin Bilik Hotel
Hati-hati semua bila check-in hotel!
Cover image via @iamburn88 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki mendapati cermin bilik hotel tempahannya mempunyai 'tingkap' di belakang menghubungkan dengan bilik sebelah
Menerusi perkongsian @iamburn88 di TikTok. dia menemui terdapat satu lubang kecil pada cerminnya dan setelah memeriksa lelaki tersebut mendapati ada ruang di belakang cermin bilik tersebut menembusi ke bilik sebelah.
"Kalau ada tingkap ataupun ruang terbuka dia mesti ada angin, nak tahu ada angin ke tak ambil kertas ni, nampak dia terbang, di belakang ni maknanya ada pintu atau tingkap.
"Di sebelah ni ada orang ada bilik ada ruangan, macam mana diorang mahu tengok dalam bilik kita? melalui lubang ni," katanya.
Image via TikTok
Staf hotel beri kerjasama memberi bilik lain atas permintaannya
Dia kemudiannya meminta untuk menukar bilik dan mendapati cermin pada bilik barunya tidak seperti bilik sebelum ini yang dikatakan mempunyai tingkap tembus ke ruang sebelah.
"Aku sudah tukar bilik, staf siap bagi kerjasama dia bagi tukar biliklah.
"Nampak dah takde dah benda hitam tu, bilik baru angin takde, tak sama dengan tadi, tadi tu ada angin maknanya ada ruang dalam tu, sini takde, tu kena hati-hati," katanya.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


