Lelaki Kena 'Ketuk' Sampai RM800 Baiki Motosikal Di Bengkel Warga Asing Tapi Makin Rosak
Difahamkan, motosikalnya rosak hampir seminggu.
Cover image via @mieyfikrihilmi96 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Niat mahu hantar motosikal ke bengkel supaya bertambah baik, tetapi lain pula yang jadi
Itulah yang dihadapi oleh seorang individu yang meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah bengkel selepas dia menghantar motosikalnya di sana.
Nasib malang itu dialami oleh seorang lelaki selepas dia mengadu motosikalnya makin rosak.
Image via @mieyfikrihilmi96 (TikTok)
Bengkel caj RM800 tapi makin rosak
Menerusi video di akaun TikTok @mieyfikrihilmi96, lelaki itu mendakwa telah menghantar motosikal jenis Yamaha Y15 ke bengkel itu selepas mengalami kerosakan yang hampir seminggu.
Malah, dia memberitahu bengkel terbabit telah mengenakan caj sebanyak RM800, namun keadaan motornya semakin teruk.
"Elakkan datang baiki motosikal anda semua di salah sebuah bengkel, saya baiki motor di sini, semakin rosak dibuatnya," tulisnya.
Dia juga menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mahu orang lain terkena sepertinya.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen juga turut berkongsi pengalaman sama mereka terhadap kedai terbabit. Ada juga sebelum ini yang sudah 'terkena' dengan caj yang tidak masuk akal.
Lihat antara komen-komen netizen di bawah:
Image via @mieyfikrihilmi96 (TikTok)
Image via @mieyfikrihilmi96 (TikTok)
Image via @mieyfikrihilmi96 (TikTok)
Image via @mieyfikrihilmi96 (TikTok)
Image via @mieyfikrihilmi96 (TikTok)
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

