Lelaki Kelainan Upaya Penglihatan Ini Tunjukkan Cara Bagaimana Orang Buta Gunakan iPhone
Laju betul.
Cover image via @danisheddy98 (TikTok)Mempunyai telefon pintar sudah menjadi satu kewajipan bagi setiap individu
Tetapi bagaimana pula dengan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan? Adakah mereka juga memiliki dan boleh menggunakan telefon pintar?
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki OKU penglihatan menunjukkan cara orang buta menggunakan telefon pintar iPhone.
Lihat video tersebut di bawah:
Dapat menangkap perkataan yang didengar dengan pantas
Menerusi video tersebut, lelaki tersebut dilihat sedang menunjukkan kepada orang ramai yang tertanya-tanya bagaimana orang buta menggunakan telefon pintar.
Apa yang menarik adalah bagaimana lelaki tersebut dapat menangkap dengan cepat perkataan yang disuarakan daripada telefon pintar tersebut.
Image via @danisheddy98 (TikTok)
"Aku try on, fuhh panik oo nak tukar balik" – Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 2.3M views, 109.7K likes dan 626 shares.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @danisheddy98 (TikTok)
Image via @danisheddy98 (TikTok)
Image via @danisheddy98 (TikTok)


