“Sengaja Kacau Kawan” – Lelaki Jadi Tak Keruan Ini Buat Orang Takut Kucing Boleh Relate
Jangan buat main, trauma dia.
Cover image via @pong_249 (TikTok)Tidak dinafikan, ada sesetengah orang yang takut akan haiwan seperti kucing
Ia mungkin disebabkan takut kucing akan mencakar dengan tiba-tiba. Kadangkala, ada juga yang takut kucing sebab mempunyai alahan terhadap bulunya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki jadi tak keruan disebabkan kucing telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Member sampai terjerit-jerit terkena badan kucing
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang dikacau oleh rakan-rakannya di dorm mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila rakan-rakannya itu sengaja mebawa kucing mendekati lelaki yang takut kucing itu. Reaksi lelaki itu dilihat sangat takut dan geli. Ramai yang boleh relate dengannya.
Image via @pong_249 (TikTok)
"Mesti kucing tu macam woi, apa ni apa ni tenang woi" – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 301K tanda suka dan 9K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @pong_249 (TikTok)
Image via @pong_249 (TikTok)
Image via @pong_249 (TikTok)
Image via @pong_249 (TikTok)
Aduhai bang, lawaklah. Memang ada tau orang yang takut dengan kucing! 😛
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

