Lelaki Ini ‘Travel’ Ke Korea Selatan Dan Mendapati Penduduknya Tak Berjudi
Dia juga berkongsi 11 fakta menarik lain di negara K-pop itu.
Cover image via Instagram Nazri ArshadNazri Arshad, seorang backpacker dari Malaysia berkongsi 12 fakta menarik tentang Korea Selatan di laman Facebook Kelab Backpackers Malaysia
Kami tulis kembali pengalaman Nazri untuk dikongsi bersama.
Image via Facebook Nazri Arshad
12 fakta menarik tentang Korea Selatan, dari pengalaman & pemerhatian saya:
1. Gangwon-do adalah sebuah kawasan wilayah yang awesome giler
Di sini ada banyak *ski resort* yang besar. Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang di wilayah ini menjadi tarikan paling utama terutama di musim sejuk.
Saya pergi sewaktu musim panas, aktiviti untuk pelancong pun tak kurang hebatnya! Hendak mendaki gunung, trekking dalam hutan, mandi sungai dan macam-macam lagi aktiviti boleh dilakukan di wilayah yang besar ini.
Peminat alam semula jadi dan *adventure* pasti *enjoy gila* kalau pergi ke sini.
Image via ski-resorts.wonderbat.com
2. Mengikut undang-undang, rakyat Korea tidak dibenarkan berjudi khususnya dalam kasino di Korea Selatan
Hah?! Biar betik! Jangan tak percaya, adalah menjadi satu kesalahan besar untuk rakyat Korea berjudi dalam Kasino. Kasino-kasino besar yang wujud di dalam negara Korea ditujukan khas untuk pelancong luar sahaja. Tapi, hanya ada **satu sahaja** kasino yang membenarkan rakyat Korea masuk untuk berjudi, terletak jauh di pedalaman kawasan pergunungan High 1 Resort, juga dalam wilayah Gangwon-Do. Wah, baik betul negara dia tak nak rakyat dia ketagih berjudi.
Image via koogle.tv
3. Pulau Jeju sebenarnya sangat besar
Mulanya saya ingatkan saiz dia sedang-sedang saja. Tapi bila dah sampai sana bila saya kena sewa kereta, barulah saya sedar yang pulau ini **lebih besar** dari negara Singapura. Pulau ni adalah destinasi paling saya suka! *Awesome* gila pulau ni!
Image via jejutourism.wordpress.com
4. Had laju maksimum memandu di Pulau Jeju kebanyakannya yang saya nampak hanyalah 70 km/jam
Punyalah perlahan sampaikan pergi ke 1 lokasi ke 1 lokasi yang lain mengambil masa 1 jam sehingga 3 jam! 30 minit paling cepat kalau nak keluar dari *town* sahaja. Dah la pemanduan dorang ni cermat, tak reti nak memotong kenderaan lain pun, hormat sangat tu. Punyalah perlahan sehinggakan saya rasa seperti ini perjalanan dari KL ke Ipoh jadi saya boleh tidur nyenyak setiap hari.
Image via chosun.com
5. Korea memang bijak menggunakan kelebihan teknologi mereka dalam bidang elektronik
Mereka gabungkan teknologi dalam pelbagai bentuk pendidikan, hiburan dan pelancongan. Saya ni memang sangat sukakan benda-benda *hi-tech*, jadi memang teruja dan cepat *impress* dengan setiap benda yg gunakan teknologi moden dalam perkara-perkara yang simple. Contohnya, muzium sejarah dalam Everland. *4D cinema experience* tu! Mudah menarik minat kanak-kanak dan lebih senang hendak difahami.
Image via gizmag.com
6. Rupanya K-Pop dan K-Drama dua perkara yang berbeza
K-Pop ni adalah nyanyian manakala K-drama pula berkaitan dengan drama lakonan di TV yang selalu menampilkan adegan sedih dan *sweet*. Choii~ saya ingatkan ada sejenis K-Pop jer dalam Korea tu…baru tahu K-Drama tu benda yg lain.
Image via www.kpopstarz.com
7. Pengurusan pelancongan Korea pandai gunakan kelebihan dari promosi-promosi K-Pop dan K-Drama yang pernah menggunakan mana-mana lokasi di dalam negara mereka untuk tujuan perlancongan
Contohnya, Winter Sonata. Walaupun sekadar satu jalan shopping di bandar kecil sekalipun, mesti anda akan ternampak frame gambar, patung atau cap tangan pelakon diletak dimana-mana lokasi tersebut.
Image via wikipedia.org
8. Musim panas adalah waktu terbaik untuk shopping pakaian di Korea
Pakaian yang sesuai dipakai dengan keadaan cuaca di Malaysia banyak yang dijual dengan harga yang murah di sana. Bayangkan, t-shirt berjenama di Malaysia harga minimum RM50-80 tu boleh didapati dengan harga RM20-30 jer kat Korea!
Image via k-happytour.com
9. Kalau terjumpa awek cun gila, jangan terlalu cepat cair
Ada potensi besar kecantikan mereka tu semuanya 'plastik' sahaja. Di kawasan Gangnam bersepah klinik dan hospital dengan perkhidmatan *plastic surgery*.
Image via blogs.wsj.com
10. Itaewon, kawasan terletaknya Seoul Central Mosque meriah dengan restoran makanan halal dan beraneka kedai
Image via catbirdinkorea.wordpress.com
Kawasan ni juga popular dengan bar & cafe untuk golongan LBGT. Jaga2 iman tu kalau berjalan waktu malam.Jangan langkah tersalah tuju pulak.
11. Industri pelancongan di Korea semakin terbuka dan bersedia untuk menerima kemasukan pelancong Muslim
Jauh ceruk dipedalaman kawasan pelancongan Ganwon-do juga ada disediakan surau di dalam beberapa hotel. Malah, ada surau yang lebih bersih dan cantik dari yang disediakan oleh **shopping mall** di Malaysia.
Surau kat hotel2 di Korea ni kena check dengan *local tourism board*.
Salah satu contoh surau di Incheon International Airport terletak di Departure Hall, berdekatan Duty free (gate 24 dan gate 29).
Image via seoulholidaytraveltips.blogspot.com
12. Kalau anda datang ke Korea semasa musim panas, anda pasti akan mendengar bunyi cicadas
Cicadas adalah sejenis serangga yg mengeluarkan bunyi yang kuat. Selalu kalau kita masuk hutan, bolehlah dengar sepoi-sepoi bahasa cicadas ni keluarkan bunyi. Memang aman damai dan rasa tenang jer kan? Tapi, bayangkan kalau ada beribu Cicadas mengeluarkan bunyi secara serentak? Tanpa henti, merata-rata di Seoul dan mana-mana tempat yg berpokok & berhutan, samada dalam bandar mahupun pedalaman. Ini disebabkan musim panas adalah waktu Cicadas ni mengawan. Atas pokok atau bawah tanah adalah tempat tinggal serangga ni.
Image via tommykane.blogspot.be

